from 0 review
12 Hari 10 Malam
Specific Tour
45 people
___
Prosedur
** MUAT TURUN APPS NUSUK & TEMPAH SLOT RAUDAH
Berkumpul di KLIA/KLIA2 4 jam sebelum bertolak perlepasan ke Jeddah/Madinah.
Check-in Hotel Madinah
City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud, Pasar Kurma, manakala Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (Khandaq) (ziarah dari luar sahaja).
Tour Masjidil Nabawi:
Ziarah dalam kawasan Masjid Nabi (Raudah, Perkuburan Baqi', Tsaqifah Bani Sa'idah dari luar)
City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba', Kubu Kaab al-Asyraf, Kubu Urwah Bin Zubair manakala Telaga Uthman, Masjid Jumaat, Bukit Thanniyatul Wada' (ziarah dari luar sahaja)
City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Telaga Iziq dan ziarah dari luar ke Kilang Quran, Universiti Madinah dan Wadi Aqiq.
Bertolak masuk ke Mekah , check in hotel Mekah. Umrah 1 [MIQAT BIR ALI]
City Tour Masyair Al Haram & UMRAH 2 [MIQAT JAARANAH]
Ziarah Masyair Al-Haram: Arafah (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Mudzalifah, Mina, Jabal Thur, Bukit Hira’ (ziarah dari luar sahaja).
Berniat Umrah di Masjid Ja’ranah.
Tour Masjidil Haram:
Ziarah dalam Kawasan Masjid Al-Haram
Toif & UMRAH 3 [MIQAT QARNUL MANAZIL]
Toif: Masjid Abdullah bin Abbas, Kilang Minyak Bunga Ros dan Pasar Buah-buahan (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Masjid Adas, Masjid Kuu’ dan Sad Ikrimah ziarah dari luar sahaja (boleh turun sekiranya sempat).
Berniat Umrah di Qarnul Manazil.
Aktiviti Bebas
Tawaf Wida’ dan bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah.
Jangkaan tiba di Malaysia. Tamat Perkhidmatan
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang.
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Lihat terus di pautan : https://mursyidalharamain.com/v3/jadual-kursus-umrah/
TATACARA PERMOHONAN VISA ZIARAH - ANDA PERLU MENYEDIAKAN
a) Salinan passport/ passport original:
• Passport antarabangsa hendaklah masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan dan masih ada
sekurang-kurangnya 6 muka surat yang masih belum digunakan.
b) Salinan gambar 4 x 6cm berlatar belakang warna putih dan saiz wajah 80% dari gambar.
• Pakaian bukan berwarna cerah dan tidak memakai cermin mata. Wanita wajib mengenakan tudung gelap. Manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau penutup kepala.
c) Kad suntikan/surat pengesahan suntikan Meningitis ACYW135 daripada doctor.
d) Warganegara Malaysia
*Hantar dokumen secara email ke document@mursyidalharamain.com atau hubungi kami di 011-51496804 untuk bantuan lanjut.
Pegawai dari bahagian pentadbiran kami akan menghantar invois dan surat pengesahan melalui email dan/atau whatsapp sahaja.
Hubungi: 011-51496804
email: info@mursyidalharamain.com
Pegawai kami akan menghubungi anda seawal 2-3 bulan sebelum penerbangan sebagai notis penghantaran dokumen dan pembayaran penuh.
Hubungi: 011-51496804
Email: document@mursyidalharamain.com
Pelanggan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan boleh hadir ke pejabat bagi mendapatkan bagasi dan buku panduan Umrah.
Pelanggan di luar kawasan boleh memohon bagasi untuk di pos dengan caj tambahan
Bagi pelanggan yang berminat untuk membuat naiktaraf kelas penerbangan, menambah 'domestic flight' atau pertukaran sektor dari pakej berkumpulan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang khas yang ditetapkan.
Hubungi: 011-51496804
Pihak syarikat tidak lagi membuat kutipan sijil vaksin COVID-19 sejajar dengan pengisytiharan penamatan pandemik di peringkat antarabangsa oleh WHO pada Mei 2023.
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing serta mematuhi SOP bagi mengelakkan / mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain khususnya ketika berada di tempat awam.
MATTSB tidak menjamin keselamatan Pelanggan dari risiko dijangkiti COVID-19, penyakit berjangkit atau masalah kesihatan yang lain sewaktu dalam tempoh perjalanan pakej yang diambil.
Pelanggan juga bertanggungjawab sepenuhnya menanggung keseluruhan kos sekiranya dijangkiti oleh penyakit COVID-19, penyakit berjangkit atau masalah kesihatan yang lain.
Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk mengambil insurans persendirian yang bersesuaian dan
komprehensif serta sentiasa bersedia untuk mematuhi arahan dan keperluan semasa bagi
membendung COVID19 demi kemaslahatan semua pihak.