from RM6,990.00
Explore

PAKEJ UMRAH GRAND ECONOMY

Kaaba, Mecca Saudi Arabia
0/5
Duration

12 Hari 10 Malam

Tour Type

Specific Tour

Group Size

45 people

Languages

___

Highlights

  • 3 kali Umrah
  • 3 kali Masjid Quba
  • Lawatan ke lebih 20 tempat lawatan
  • Bed & Breakfast di Mekah (Sarapan pagi sahaja)
  • 3x makan di Madinah
  • Percuma Toif + Makan Nasi Arab Istimewa
  • Mutawwif Malaysia

Itinerary

Expand All
Sebelum Penerbangan

Prosedur
** MEMPUNYAI VAKSIN LENGKAP YANG DIPERLUKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
** MUAT TURUN APPS NUSUK & TEMPAH SLOT RAUDAH

Hari 01

Berkumpul di KLIA/KLIA2 4 jam sebelum bertolak perlepasan ke Jeddah/Madinah.

Hari 02

Check-in Hotel Madinah

Hari 03

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud, Pasar Kurma, manakala Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (Khandaq) (ziarah dari luar sahaja).

Hari 04

Tour Masjidil Nabawi:
Ziarah dalam kawasan Masjid Nabi (Raudah, Perkuburan Baqi', Tsaqifah Bani Sa'idah dari luar)

Hari 05

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba', Kubu Kaab al-Asyraf, Kubu Urwah Bin Zubair manakala Telaga Uthman, Masjid Jumaat, Bukit Thanniyatul Wada' (ziarah dari luar sahaja)

Hari 06

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Telaga Iziq dan ziarah dari luar ke Kilang Quran, Universiti Madinah dan Wadi Aqiq.

Hari 07

Bertolak ke Mekah dan Check-in hotel & UMRAH 1 [MIQAT BIR ALI]

Hari 08

City Tour Masyair Al Haram & UMRAH 2 [MIQAT JAARANAH]
Ziarah Masyair Al-Haram: Arafah (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Mudzalifah, Mina, Jabal Thur, Bukit Hira’ (ziarah dari luar sahaja).
Berniat Umrah di Masjid Ja’ranah.

Hari 09

Tour Masjidil Haram:
Ziarah dalam Kawasan Masjid Al-Haram

Hari 10

Toif & UMRAH 3 [MIQAT QARNUL MANAZIL]
Toif: Masjid Abdullah bin Abbas, Kilang Minyak Bunga Ros dan Pasar Buah-buahan (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Masjid Adas, Masjid Kuu’ dan Sad Ikrimah ziarah dari luar sahaja (boleh turun sekiranya sempat).
Berniat Umrah di Qarnul Manazil.

Hari 11

Aktiviti Bebas

Hari 12

Tawaf Wada.
Bertolak pulang ke Malaysia. Tamat Perkhidmatan.

Included/Excluded

  • Penginapan bagi 5 malam Mekah, 5 malam Madinah
  • Tiket penerbangan antarabangsa kelas ekonomi dari KLIA (2 hala)
  • Pengurusan visa ziarah + insurans
  • Pengangkutan bagi 3 kali umrah (Miqat di Jaaranah, Qarnul Manazil/Bir Ali)
  • Pengangkutan ke tempat lawatan
  • Ziarah tambahan ke 20 tempat lawatan bersejarah (rujuk contoh tentatif)
  • Percuma Toif + Makan istimewa Nasi Arab
  • Bed & Breakfast di Mekah (Sarapan pagi sahaja)
  • 3x makan di Madinah
  • Zamzam 5L bagi setiap seorang (tidak termasuk bayi)
  • 1 bagasi besar, 1 bagasi kecil, bag sandang dan buku panduan umrah
  • Insurans berkumpulan TAKAFUL IKHLAS KEMBARA UMRAH & HAJJ (ASAS) bagi 80 tahun ke bawah sahaja
  • Kursus umrah umum (secara online, fizikal atau recording)
  • Upah menolak kerusi roda umrah (SAR350 – SAR450/1 umrah)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan (sekiranya perlu)
  • Kos pembelian simcard di Arab Saudi
  • Kos saringan PCR di Malaysia, vaksin atau caj penyediaan dokumen (sekiranya perlu)
  • Kos kuarantin di negara yang dilawati dan kuarantin kendiri apabila pulang ke Malaysia
  • Kos yang tidak dilindungi insurans kelompok, persendirian, visa umrah dan visa ziarah
  • Denda dan caj yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi di atas pelanggaran peraturan
  • Caj penghantaran bagasi dan dokumen
  • Kos perubahan tambang pelancongan dan kos-kos kontigensi yang lain
  • Lain-lain aturcara selain dari tentatif
  • Kos lebihan bagasi, perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan sendirian di hotel
  • Perkhidmatan pengalihan barang di lapangan terbang dan di hotel
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Insurans persendirian
  • Check-in awal atau check-out lambat

Tour's Location

Kaaba, Mecca Saudi Arabia
Hotel Mekah: Four Points by Sheraton Makkah dan setaraf (Jarak: lebih dari 6km | 4 bintang) HOTEL DI MADINAH : Al-Andalus Palace, Elaf Taiba atau setaraf (Anggaran: 250m – 350m| 2-3 bintang)

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang.
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Dimana saya boleh dapatkan jadual kursus umrah?
Lihat pautan: https://mursyidalharamain.com/v3/jadual-kursus-umrah/
Apakah dokumen yang perlu dihantar sebelum 2 bulan dari tarikh berlepas?
TATACARA PERMOHONAN VISA ZIARAH - ANDA PERLU MENYEDIAKAN

a) Salinan 2 dos vaksin + Booster
*Kesemua dos mesti telah lengkap 14hari atau lebih sebelum tarikh penerbangan pergi.
*Salinan 2 dos vaksin+booster perlu dibawa sepanjang perjalanan umrah.
**Penggalak diwajibkan bagi individu dewasa 18 tahun ke atas sahaja oleh Kerajaan Malaysia.
***Jemaah berumur 17 tahun dan ke bawah tidak perlu mempunyai vaksin lengkap tetapi hendaklah ditemani oleh penjaga yang mempunyai vaksin lengkap + BOOSTER bagi dibenarkan untuk menyertai pakej. Namun kemasukan ke bangunan tertutup atau menyertai umrah mungkin terhad mengikut arahan semasa.

b) Salinan passport/ passport original:
• Passport antarabangsa hendaklah masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan dan masih ada
sekurang-kurangnya 6 muka surat yang masih belum digunakan.

c) Salinan gambar 4 x 6cm berlatar belakang warna putih dan saiz wajah 80% dari gambar.
• Pakaian bukan berwarna cerah dan tidak memakai cermin mata. Wanita wajib mengenakan tudung
gelap. Manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau penutup kepala.

d) Borang permohonan visa pelancong (rujuk syarikat).

e) Kad suntikan/surat pengesahan suntikan Meningitis ACYW135 daripada doctor.

f) Warganegara Malaysia

*Hantar dokumen secara email ke document@mursyidalharamain.com atau hubungi kami di 010-9475176 untuk bantuan lanjut
Siapa yang perlu dihubungi bagi pertanyaan mengenai pembayaran dan surat pengesahan?
Pegawai dari bahagian pentadbiran kami akan menghantar invois dan surat pengesahan melalui email dan/atau whatsapp sahaja.

Hubungi: 011-51496804/013-3356218
email: info@mursyidalharamain.com
Siapa yang perlu dihubungi bagi penghantaran dokumen dan status visa.
Pegawai kami akan menghubungi anda seawal 2-3 bulan sebelum penerbangan sebagai notis penghantaran dokumen dan pembayaran penuh.

Hubungi: 010-9475176
Email: document@mursyidalharamain.com
Bagaimana proses untuk mengambil bagasi umrah, buku panduan umrah, tag nama dan pengurusan pada hari berlepas?
Pelanggan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan boleh hadir ke pejabat bagi mendapatkan bagasi dan buku panduan Umrah.

Pelanggan di luar kawasan boleh memohon bagasi untuk di pos dengan caj tambahan
Siapa yang perlu dihubungi bagi naiktaraf kelas penerbangan, permintaan 'domestic flight' atau berkenaan insurans?
Bagi pelanggan yang berminat untuk membuat naiktaraf kelas penerbangan, menambah 'domestic flight' atau pertukaran sektor dari pakej berkumpulan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang khas yang ditetapkan.

Hubungi Pegawai Jualan kami: 011-16095176
from RM6,990.00

You might also like