Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s’a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu.

Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196 menyebutkan bahawa
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

PENGERTIAN UMRAH

Umrah ialah mengunjungi Baitullahil-Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, saie, dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

WAKTU BUAT UMRAH

Umrah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dalam setahun kecuali jika seseorang itu sedang buat ibadat haji.

RUKUN UMRAH

Rukun bermakna wajib buat. Kalau tak buat, tak sah ibadat tersebut. Rukun umrah ada lima dan lima-lima rukun ni wajib kena buat. Kalau tak buat salah satu rukun ni, maka umrah tu tak sah. Bak kata ustaz, hanya dapat exercise tapi tak dapat umrah. Kalau buat rukun tapi tak cukup syarat pun dikira tak sah umrah. Ini kerana, bila buat tak cukup syarat, maka tak sempurna rukun tu.

Niat ihram umrah:
“Niat ihram umrah ini dilafazkan masa berada di miqat. Kena pakai ihram dulu sebelum berniat dan bermulalah pantang larang Ihram”


TAWAF :
Tawaf ialah mengelilingi kaabah mengikut arah lawan jam sebanyak tujuh kali. Kalau pusingannya kurang dari tujuh, maka tak dapat rukun tawaf tu, dah umrah jadi tak sah. Masa tawaf kena pakai ihram.


SAIE :
Saie ialah berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali dari Safa ke Marwah. Bermula dari Safa pergi ke Marwah
Bila cukup tujuh pusingan ni, selesailah saie tu.


BERGUNTING ATAU BERCUKUR :
Bercukur dilakukan selepas selesai saie. Bercukur rambut ni maksudnya potong rambut atau gunting rambut. Guna gunting saja. At least tiga helai rambut kena gunting. Gunting rambut ni dilakukan di Marwah.


TERTIB :
Tertib ni maksudnya rukun-rukun di atas tu kena dibuat ikut susunan, iaitu bermula dengan niat, lepas tu pergi tawaf, dah selesai tawaf pergi buat saie, dah habis saie terus bercukur. Selesai saja bercukur, maka jemaah umrah telah mencapai tahallul (sudah bebas dari pantang larang ihram yang 13 tu) dan umrahnya dianggap telah selesai.


SUNAT UMRAH

Perkara-perkara sunat umrah ni tak buat tak apa, tak cacat pun umrah tu. Tapi kalau buat dapat pahala lebih.

SUNAT-SUNAT SEBELUM IHRAM

  • Bersedekah sebelum pergi ke miqat
  • Kerat kuku
  • Andam (kemaskan) rambut, misai, janggut dan bulu ari-ari
  • Pakai ihram warna putih
  • Sembahyang sunah ihram (di hotel) tu elok buat di bilik hotel sebelum turun naik bas. Boleh juga buat di masjid di tempat miqat. Tapi mutawif tak galakkan sebab jemaah terikat dengan waktu aturcara. Pergerakan kena cepat.
  • Bersedekah tu senang saja nak buat. Tak perlu cari tabung untuk bersedekah. Bagi saja sedekah pada mana-mana fakir atau orang yang bergelandangan di sana. Bagi pada pekerja hotel (seperti tukang cuci, tapi manager tak payahlah..) pun boleh dikira sedekah.

SUNAT-SUNAT SELEPAS IHRAM

Niat ihram dibuat selepas keluar dari masjid di miqat dan sebelum naik bas. Mutawif akan ingatkan jemaah beberapa kali sebab dibimbangi ada yang lupa nak pasang niat.

  • Baca talbiah selepas niat ihram sehingga start tawaf.
  • Berdoa di setiap lokasi umrah (ada doa tu dalam buku panduan umrah)
  • Kucup hajarul aswad atau kalau tak dapat, istilam (lambai-lambai tangan) sahaja pun mencukupi.
  • Sembahyang sunat di belakang makam Ibrahim selepas selesai tawaf tujuh kali.
  • Sembahyang sunah ihram (di hotel) tu elok buat di bilik hotel sebelum turun naik bas. Boleh juga buat di masjid di tempat miqat. Tapi mutawif tak galakkan sebab jemaah terikat dengan waktu aturcara. Pergerakan kena cepat.
  • Terus buat saie selepas tawaf.
  • Minum air zam-zam lepas selesai tawaf tujuh pusingan
  • Bercukur habis rambut tu selepas selesai saie.

13 LARANAGAN SEMASA IHRAM
Yang ini kena ingat betul-betul. Kena hindari diri dari buat perkara-perkara yang 13 ni dari mula pasang niat ihra sampailah selesai bercukur (bertahallul). Bila dah bercukur maka kita dah berada dalam keadaan ‘tahallul’ iaitu ‘bebas dari larangan’ 13 tadi tu.

  • Pakai sarung tangan
  • Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
  • Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  • Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
  • Kerat (atau potong) kuku</>
  • Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  • Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  • Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  • Jimak (bersetubuh)
  • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
  • Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum
  • Tutup kepala atau sebahagian darinya (seperti pakai topi)
  • Tutup muka

APA JADI KALAU MELANGGAR LARANGAN IHRAM

Ada 3 keadaan hokum bagu mereka yang melanggar larangan dalam ihram ini:

  • Berdosa dan wajib bayar dam jika melakukan dengan hajat dan tanpa uzur
  • Tidak berdosa tapi wajib bayar dam jika melakukan tanpa niat tetapi terpaksa
  • Tidak berdosa dan tidak perlu bayar dam jika melakukannya kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa,dipaksa atau dilakukan ketika tidur