from RM11,790.00
Explore

Pakej Umrah Premium Fullboard

Saudi Arabia
Not Rated
Duration

12 days 10 nights

Tour Type

Specific Tour

Group Size

Unlimited

Languages

___

Highlights

  • Mekah: Sofwah Hotel atau setaraf di Sofwah/Makkah/Zamzam Tower (Jarak: ~50m| 4-5 bintang)
  • Madinah: Taiba Front, Leader Al Muna Kareem atau setaraf (Jarak: ~100-250m | 4 bintang)
  • 3 kali Umrah
  • 3 kali Masjid Quba
  • Lawatan ke lebih 20 tempat lawatan
  • Makan 3 kali hidangan (fullboard hotel: Asian Meal)
  • Percuma Toif + Makan Istimewa Nasi Arab
  • Mutawwif Malaysia

Itinerary

Expand All
Hari 01

Berkumpul di KLIA/KLIA2 4 jam sebelum bertolak perlepasan ke Jeddah/Madinah.

Hari 02

Check-in Hotel Madinah

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud, Pasar Kurma, manakala Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (Khandaq) (ziarah dari luar sahaja).

Hari 03

Tour Masjidil Nabawi:
Ziarah dalam kawasan Masjid Nabi (Raudah, Perkuburan Baqi', Tsaqifah Bani Sa'idah dari luar)

Hari 04

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba', Kubu Kaab al-Asyraf, Kubu Urwah Bin Zubair manakala Telaga Uthman, Masjid Jumaat, Bukit Thanniyatul Wada' (ziarah dari luar sahaja)

Hari 05

City Tour Madinah:
Ziarah ke Masjid Quba’, Telaga Iziq dan ziarah dari luar ke Kilang Quran, Universiti Madinah dan Wadi Aqiq.

Hari 06

Bertolak masuk ke Mekah , check in hotel Mekah. Umrah 1 [MIQAT BIR ALI]

Hari 07

City Tour Masyair Al Haram & UMRAH 2 [MIQAT JAARANAH]
Ziarah Masyair Al-Haram: Arafah (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Mudzalifah, Mina, Jabal Thur, Bukit Hira’ (ziarah dari luar sahaja).
Berniat Umrah di Masjid Ja’ranah.

Hari 08

Tour Masjidil Haram:
Ziarah dalam Kawasan Masjid Al-Haram

Hari 09

Toif & UMRAH 3 [MIQAT QARNUL MANAZIL]
Toif: Masjid Abdullah bin Abbas, Kilang Minyak Bunga Ros dan Pasar Buah-buahan (turun jika dibenarkan Arab Saudi) manakala Masjid Adas, Masjid Kuu’ dan Sad Ikrimah ziarah dari luar sahaja (boleh turun sekiranya sempat).
Berniat Umrah di Qarnul Manazil.

Hari 10

Aktiviti Bebas

Hari 11

Tawaf Wida’ dan bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah.

Hari 12

Jangkaan tiba di Malaysia. Tamat Perkhidmatan

Included/Excluded

  • Penginapan bagi 5 malam Mekah, 5 malam Madinah
  • Tiket penerbangan antarabangsa kelas ekonomi dari KLIA (2 hala)
  • Pengurusan visa ziarah + insurans Arab Saudi
  • Pengangkutan bagi 3 kali umrah
  • Pengangkutan ke tempat ziarah
  • Percuma Toif + Makan Istimewa Nasi Arab
  • Makanan 3 kali hidangan (fullboard hotel: Asian Meal)
  • Zamzam 5L bagi setiap seorang (tertakluk kepada kebenaran)
  • 1 bagasi besar, 1 bagasi kecil, bag sandang dan buku panduan umrah
  • Insurans berkumpulan TAKAFUL IKHLAS KEMBARA UMRAH & HAJJ (ASAS) bagi 80 tahun ke bawah sahaja
  • Kursus umrah umum (secara online, fizikal atau recording)
  • Upah menolak kerusi roda umrah (SAR350 – SAR450/1 umrah)
  • Lain-lain aturcara selain dari tentatif
  • Kos lebihan bagasi
  • Perbelanjaan peribadi
  • Perbelanjaan sendiri di hotel
  • Perkhidmatan pengalihan barang di lapangan terbang dan di hotel
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, visa umrah, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Insurans persendirian
  • Check-in awal atau check-out lambat

Tour's Location

Saudi Arabia
Hotel Mekah: Al Sofwah Royale, Makkah Towers atau setaraf (0-50m) Hotel Madinah: Madinah: Taiba Front, Leader Al Muna Kareem atau setaraf (Jarak: ~100-250m | 4 bintang)

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang.
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Dimana saya boleh dapatkan jadual kursus umrah?
Hubungi Pegawai Jualan kami atau lihat terus di pautan:https://mursyidalharamain.com/v3/jadual-kursus-umrah/
Apakah dokumen yang perlu dihantar sebelum 2 bulan dari tarikh berlepas?
TATACARA PERMOHONAN VISA ZIARAH - ANDA PERLU MENYEDIAKAN

a) Salinan passport/ passport original:
• Passport antarabangsa hendaklah masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang masih belum digunakan.

b) Salinan gambar 4 x 6cm berlatar belakang warna putih dan saiz wajah 80% dari gambar.
• Pakaian bukan berwarna cerah dan tidak memakai cermin mata. Wanita wajib mengenakan tudung gelap. Manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau penutup kepala.

c) Kad suntikan/surat pengesahan suntikan Meningitis ACYW135 daripada doctor.

d) Warganegara Malaysia

*Hantar dokumen secara email ke document@mursyidalharamain.com atau hubungi kami di 011-51496804 untuk bantuan lanjut
Siapa yang perlu dihubungi bagi pertanyaan mengenai pembayaran dan surat pengesahan?
Pegawai dari bahagian pentadbiran kami akan menghantar invois dan surat pengesahan melalui email dan/atau whatsapp sahaja.

Hubungi: 011-51496804
email: info@mursyidalharamain.com
Siapa yang perlu dihubungi bagi penghantaran dokumen dan status visa.
Pegawai kami akan menghubungi anda seawal 2-3 bulan sebelum penerbangan sebagai notis penghantaran dokumen dan pembayaran penuh.

Hubungi: 011-51496804
Bagaimana proses untuk mengambil bagasi umrah, buku panduan umrah, tag nama dan pengurusan pada hari berlepas?
Pelanggan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan boleh hadir ke pejabat bagi mendapatkan bagasi dan buku panduan Umrah.

Pelanggan di luar kawasan boleh memohon bagasi untuk di pos dengan caj tambahan
Hubungi: 011-51496804
Siapa yang perlu dihubungi bagi naiktaraf kelas penerbangan, permintaan 'domestic flight' atau berkenaan insurans?
Bagi pelanggan yang berminat untuk membuat naiktaraf kelas penerbangan, menambah 'domestic flight' atau pertukaran sektor dari pakej berkumpulan boleh berbuat demikian dengan mengisi borang khas yang ditetapkan.

Hubungi: 011-51496804
Adakah vaksin COVID19 diperlukan bagi menunaikan umrah?
Pihak syarikat tidak lagi membuat kutipan sijil vaksin COVID-19 sejajar dengan pengisytiharan penamatan pandemik di peringkat antarabangsa oleh WHO pada Mei 2023.

Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing serta mematuhi SOP bagi mengelakkan / mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain khususnya ketika berada di tempat awam.

MATTSB tidak menjamin keselamatan Pelanggan dari risiko dijangkiti COVID-19, penyakit berjangkit atau masalah kesihatan yang lain sewaktu dalam tempoh perjalanan pakej yang diambil.

Pelanggan juga bertanggungjawab sepenuhnya menanggung keseluruhan kos sekiranya dijangkiti oleh penyakit COVID-19, penyakit berjangkit atau masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk mengambil insurans persendirian yang bersesuaian dan
komprehensif serta sentiasa bersedia untuk mematuhi arahan dan keperluan semasa bagi
membendung COVID19 demi kemaslahatan semua pihak.
from RM11,790.00

You might also like