ASPEK ROHANI

1.            NIAT

Niat merupakan perkara yang paling utama yang harus diperbetulkan. Bahkan ia merupakan syarat utama penerimaan sesuatu ibadah. Letakkanlah niat utama menunaikan umrah itu adalah untuk mencapai mardhatillah iaitu redha Allah. Bagaimana nak mencapai redha Allah? Ikhlaskan diri untuk menunaikan umrah serta bersihkan diri dari segala sifat riak, ujub, takabbur, zalim dan sebagainya. Semakin ikhlas niat seseorang untuk menunaikan umrah, Insyaallah semakin bersih jiwa daripada sifat-sifat yang buruk.

2.            ILMU

Ilmu merupakan salah satu cabang yang cukup penting yang harus kita miliki dan pelajari sebelum menunaikan umrah. Sesuatu ibadah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia termasuklah ibadah umrah. Ibadah umrah mempunyai rukun-rukun tertentu yang harus diketahui dan dipelajari. Bagaimana caranya? Ilmu-ilmu ibadah umrah ini boleh dipelajari sama ada secara teori ataupun praktikal. Kebiasaannya bakal jemaah boleh melibatkan diri dalam kursus umrah yang dianjurkan. Ini lebih baik kerana segala persoalan, ketidakfahaman atau kemusykilan berkaitan rukun umrah boleh terus diajukan kepada orang yang lebih arif.

3.            PERBANYAKKAN AMALAN

I. Sedekah

II. Perbaiki Akhlak

III. Perbanyakkan Doa, Zikir, Iktikaf

IV. Lazimi Solat Berjemaah

Antara salah satu matlamat terbesar menunaikan umrah adalah untuk manfaatkan masa sebaik mana mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Bahkan peluang yang ada haruslah digunakan sebaiknya terutama menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram. Maka, lazimilah solat berjemaah lebih awal agar ia menjadi kebiasaan buat diri kita.

V. Menjauhi Perkara Syirik

Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah itu melakukan perkara-perkara syirik, sihir dan sebagainya kerana ia termasuk dalam golongan orang yang melakukan dosa-dosa besar. Maka, tinggalkan perkara tersebut.

4.            DIDIK SIFAT SABAR

Bakal jemaah harus mendidik diri untuk banyakkan bersabar dan beristighfar dengan apa jua ujian dan cabaran yang bakal dilalui ketika menunaikan umrah nanti. Belajar untuk mengawal perasaan serta kemarahan agar ia tidak mengganggu serta memberi kesan kepada ibadah umrah nanti. Lazimnya, jemaah-jemaah sering diuji dengan perkara-perkara yang kecil sahaja, namun ramai yang tidak mampu mengawal kesabaran dan kemarahan. Kesannya berpanjangan dan secara tidak langsung sehingga mengganggu proses pelaksanaan ibadah di sana.

5.            TAUBAT

Taubat merupakan salah satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh bakal jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci. Menunaikan umrah itu umpama kita mempersembahkan diri serta beribadah kepada Allah. Jadi, persediaan menunaikan umrah itu sebaiknya dimulakan dengan taubat nasuha untuk membersihkan diri dari segala dosa yang dilakukan. Bahkan taubat yang dilakukan mestilah mencukupi syarat-syaratnya tertentu:-

I. Meninggalkan serta merta apa jua perbuatan yang mendatangkan dosa.

II. Berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

III. Merasa kesal yang teramat dengan perbuatan dosa tersebut.

6.            BERDOA & BERTAWAKKAL

Bakal jemaah seharusnya perbanyakkan berdoa dan bertawakkal agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah, diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah serta diberi kesabaran dan kekuatan. Semoga ibadah yang dilakukan nanti diterima di sisi Allah S.W.T.

 

ASPEK JASMANI/FIZIKAL

1.            SUMBER KEWANGAN YANG HALAL

Pastikan sumber kewangan yang digunakan untuk menunaikan umrah itu mestilah bersih daripada sebarang bentuk penyelewangan. Bahkan, ia bukanlah daripada harta yang mengandungi syubhat atau haram.

2.            KESIHATAN

Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan tahap kesihatan yang baik. Suntikan imunisasi merupakan salah satu langkah pencegahan yang perlu diambil bagi setiap bakal jemaah yang akan menunaikan umrah. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak-wabak penyakit. Bahkan, pihak berkuasa Arab Saudi juga telah mewajibkan agar bakal-bakal jemaah mengambil suntikan Vaksin Meningococcal (ACYW-135) sebelum berangkat menunaikan umrah.

Manakala bagi bakal jemaah yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya perlulah menyediakan bekalan ubatan tersendiri untuk dibawa ke sana. 

3.            KEPERLUAN & PERBELANJAAN YANG MENCUKUPI

Bakal jemaah seharusnya memastikan keperluan dan perbelanjaan yang bakal dibawa mencukupi agar ia tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. Tetapi, harus diingat jangan terlalu berlebih-lebihan.

MENTAL, ROHANI & FIZIKAL TELAH BERSEDIA..

Mari kita siapkan bag pula

SENARAI KEPERLUAN/CHECKLIST KELENGKAPAN UMRAH WANITA

  1. Pakaian
      • Telekung – 3
      • Tudung Sarung Labuh (dipakai semasa ziarah atau makan)
      • Purdah atau face mask(elak habuk)
      • Anak Tudung -3
      • Jubah – 2
      • Jubah Seluar – 2
      • Baju tidur – 2
      • Stokin kaki yang tidak jarang-5
      • Stoking tangan (handsocks) -3
      • Singlet atau T-shirt berzip (dipakai didalam jubah) -1
      • Seluar panjang dipakai didalam jubah) – 2
      • Pakaian dalam
  2. Barangan kelengkapan diri(toiletries)
      • Botol Spray Wuduk
      • Tuala kecil
      • Tuala mandi(nipis)
      • Wet wipes
      • Pad
      • Pantyliners
      • Kapas Muka
      • Penyangkut baju -3
      • Sabun
      • Syampu
      • Deodorant(pastikan dipakai sebelum berihram)
      • Aloe vera gel/Vaseline
      • Lip balm
      • Ubat gigi
      • Berus gigi
  3. Ubat-ubatan
      • Strepsils
      • Vitamin C
      • Ubat selsema
      • Multivitamin
      • Ubat kahak/mucosolvan
      • Minyak angin
      • Ubat demam/sakit kepala (panadol)
      • Hand sanitizer
      • Ubat gastrik
      • Ubat cirit birit
      • Ubat angin
  4. Barang keperluan penting
      • Selipar/kasut sarung (mudah dipakai bersama stokin dan selesa)
      • Pengetip kuku
      • Sejadah Mini
      • Uncang kasut atau plastik
      • Cermin mata hitam
      • Buku panduan umrah
      • Pen
      • Gunting kecil untuk tahalul)
      • Tali/riben berwarna terang(untuk memudahkan pengecaman beg)
      • Padlocks
      • Marker pen
      • Telefon bimbit & charger
      • Universal Travel Adapter/Converters
      • Kamera
      • Al-Quran
      • Botol minuman
      • Makanan kegemaran seperti serunding/sambal dan lain-lain
      • Beg plastik(saiz M)
    •  

SENARAI KEPERLUAN/CHECKLIST KELENGKAPAN UMRAH LELAKI

  1. Pakaian
      • Kain Ihram – 2
      • Face mask(elak habuk)
      • Jubah – 2
      • Jubah Seluar – 2
      • Baju tidur – 2
      • Kain pelikat – 2
      • Singlet atau T-shirt berzip (dipakai didalam jubah) -2
      • Seluar panjang dipakai didalam jubah) – 2
      • Pakaian dalam
  2. Barangan kelengkapan diri(toiletries)
      • Botol Spray Wuduk
      • Wet wipes
      • Penyangkut baju -3
      • Sabun
      • Syampu
      • Deodorant(pastikan dipakai sebelum berihram)
      • Aloe vera gel/Vaseline
      • Lip balm
      • Ubat gigi
      • Berus gigi
  3. Ubat-ubatan
      • Strepsils
      • Vitamin C
      • Ubat selsema
      • Multivitamin
      • Ubat kahak/mucosolvan
      • Minyak angin
      • Ubat demam/sakit kepala (panadol)
      • Hand sanitizer
      • Ubat gastrik
      • Ubat cirit birit
      • Ubat angin
      • Ubat saranan doktor
  4. Barang keperluan penting
      • Selipar yang selesa berjalan
      • Pengetip kuku
      • Sejadah Mini
      • Uncang kasut atau plastik
      • Cermin mata hitam
      • Buku panduan umrah
      • Pen
      • Gunting kecil untuk tahalul)
      • Tali/riben berwarna terang(untuk memudahkan pengecaman beg)
      • Padlocks
      • Marker pen
      • Telefon bimbit & charger
      • Universal Travel Adapter/Converters
      • Kamera
      • Al-Quran
      • Botol minuman
      • Makanan kegemaran seperti serunding/sambal dan lain-lain
      • Beg plastik(saiz M)
  •  

Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Berminat dengan Pakej Umrah kami? Sila hubungi nombor talian di bawah:

HQ Shah Alam : 03- 5523 5176

CALL & WHATSAPP: 011- 4003 3507
http://www.wasap.my/+601140033507

CALL & WHATSAPP: 010-9475176
http://www.wasap.my/+60109475176

CALL & WHATSAPP: 011- 1313 9007
http://mtt2.wasap.my/