from RM9,838.00
Explore

PAKEJ JELAJAH SPAIN-MOROCCO { GROUP SERIES }

SPAIN & MOROCCO
0/5
Duration

12 DAY 09 NIGHT

Tour Type

Specific Tour

Group Size

26 people

Languages

___

Overview

Hari 1: KLIA – Casablanca (Makan di atas kapal)

  • Bertolak ke Morocco dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelanggan dikehendaki berkumpul seawal 4 jam sebelum berlepas bagi proses Daftar Masuk Kumpulan (‘Group Check-in’)

Hari 2: Casablanca – Marrakech: (Makan Malam)

Apabila tiba, bertemu Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris anda di Casablanca Airport. Kita akan meneruskan perjalanan ke Marrakech dan mula bersiar-siar meliputi tempat berikut:

  • Djamea Lefna (Tiket termasuk tiket masuk – orientasi berjalan di kawasan terbuka), salah satu tarikan utama di Marrakesh yang mempunyai tarikannya tersendiri seperti pengunjung dapat mengenali budaya orang Morocco melalui muzik, eksperesi artisitik yang dipersembahkan oleh rakyat tempatan/ orang Morocco.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Makan malam dan bermalam di Marrakech.

 

Hari 3: Marrakech: (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di bandar Marrakech, meliputi perkara berikut:

  • Ben Yousef Madrasa, the Saadian Tombs and the Bahia Palace (Termasuk tiket masuk – orientasi berjalan di dalam bangunan), merupakan antara masjid yang terbesar di Afrika Utara pada suatu ketika dahulu, dan kini menjadi tarikan dari segi senibina yang unik. Yang dahulunya merupakan institusi pendidikan tetapi ianya telah berakhir pada tahun 1960.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Djamea Lefna Square (Tiket masuk diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka),
  • Koutoubia Mosque (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), dikenali sebagai mercu tanda yang terletak di Marrakesh, mempunyai menara setinggi 250 kaki (ketinggian) dan turut mempunyai taman dan air pancuran yang cantik di sekeliling kawasan tersebut.
  • Aktiviti bebas untuk membeli buah tangan yang diukir sebelum ke hotel.
  • Makan malam dan bermalam di Marrakech.

Hari 4: Marrakech – Rabat – Fez (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Fez melalui Casablanca dan Rabat, meliputi perkara berikut:

  • Mosque Hassan II (Tiket masuk diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), merupakan masjid ke-7 yang terbesar dunia dan terletak di Casablanca, Morocco.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK.
  • Rabat – Merupakan ibu negara Maghribi dan mempunyai iklim Mediteranean dimana musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak sejuk selain mempunyai bentuk senibina yang unik dan terkenal dengan budaya serta sejarah.
  • Mohamed V Mausoleum (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), dibuka setiap hari bermula terbitnya matahari sehingga terbenamnya mentari di ufuk Barat, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah di setiap sudut bangunan tersebut.
  • Hasan Tower (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), bentuk senibina yang menggabungkan keunikan Morroco dan Sepanyol.
  • Qudaias (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), terletak di kaki bukit Sungai Bou Regreg, dan merupakan salah satu tarikan yang mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site.
  • Chellah (phtostop at the Gates of the Royal Palace), juga dikenali sebagai Shalla dan merupakan kubu Islam Nechropolis dan merupakan tempat yang menarik di mengambil gambar sebagi memori.
  • Fez- Dikenali sebagai bandat kedua terbesar di Morocco dan terletak di utara-barat Gununh Atlas dan destinasi yang menganjurkan World Sacred Music Festival pada setiap tahun bermula daripada tahun 1994, yang bertemkan muzik keagamaan seluruh dunia.
  • Makan malam dan bermalam di Fez.

Hari 5: Fez – Seville (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Seville melalui Medina of Fez, meliputi perkara berikut:

  • Fort and Royal Palace (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), tarikan yang bagi pengunjung untuk menikmati pemandangan bagi senibina bangunan bagi golongan kerabat di Fez, walaupun ianya dilarang untuk diakses oleh orang awam tetapi pengunjung masih dapat melihat pemandangan yang cantik daripada luar.
  • Carpet Cooperative (Moroccan handywork) (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), pengunjung dapat melihat sendiri hasil tangan rakyat tempatan dalan pembuatan karpet.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Madrasa (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), pengunjung dapat menunaikan solat dan langsung dapat bersiar-siar di sekitar Madrasa, kerana keunikan madrasa di Morocco sangat terkenal dengan keunikan senibinanya.
  • Zaouia and Palaces of Moroccan City (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), berfungsi juga sebagai muzium untuk dilawati, terdapat kisah sejarah yang menarik
  • Fast Ferry ke Tangier Ville/Tarifa (Termasuk Tiket Masuk – sehala), di sini anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah sambil anda melayari terusan air yang merentasi Selat Gilbratar yang mengambil masa perjalanan selama hampir 30 minit.
  • Makan malam dan bermalam di Seville.

Hari 6: Seville (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Seville dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Mosque – yang telah digantikan dengan Gothic Cathedral (Tiket masuk diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), melawat masjid yang pernah digunakan pada suatu ketika dahulu sebagai simbol pertabalan pada Khalifah yang kini dijadikan sebagai Cathedral.
  • Minaret, the Giralda (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), merupakan menara jam yang dikenali sebagai simbol bagi negara Seville.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Plaza de Espana (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), juga dikenali sebagai “The Venice of Seville” dimana pengunjung dapat menyewa boat untuk bersiar-siar di sekitar Plaza de Espana, serta tempat tersebut juga pernah menjadi salah satu lokasi untuk penggambaran filem iaitu Star Wars.
  • Golden Tower (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), ketinggian menara ini ialah 36 m yang dibina oleh Alomohads pada abad ke-12.
  • Makan malam dan bermalam di Seville.

Hari 7: Seville – Cordoba – Granada (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Granada melalui Cordoba, meliputi perkara berikut:

  • Caliphate “Cordoba”- Bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia.
  • Mezquita (the Exquisite Mosque) (Termasuk iket masuk – orientasi berjalan di dalam bangunan), salah satu senibina yang hebat dari segi senibina Islam dan pengunjung dapat menikmati pelbagai hasil kesenian yang terdapat di situ.
  • Roman Bridge (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), dibina pada kira-kira 100 tahun dahulu, Roman Bridge merupakan satu-satunya jabatan yang digunakan untuk merentasi sungai sehingga San Rafael Bridge dibina. Ia juga dikenali sebagai “Old Bridge” kira-kira hampir 2000 tahun.
  • Torre Calahorra (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), merupakan salah satu bangunan yang digunakan oleh golongan Moors sebagai tembok pertahanan suatu ketika dahulu.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Granada- Dikenali sebagai pusat bandar di Andalusia, Spain yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja dari Pantai Mediteranean dan kedudukannya berhampiran dengan Sierra Nevada Ski Station.
  • Makan malam dan bermalam di Granada.

Hari 8: Granada: (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Granada dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Alhambra (Termasuk tiket masuk – orientasi berjalan di dalam bangunan), bermaksud “Red Castle” dan mempunyai kawasan yang sangat strategik di Bukit Al Sabika. Sekitar kawasan tersebut juga terdapat air pancuran beberapa kolam.
  • Old Town Granada (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), satu bandar yang tersimpan pelbagai keunikan bagi bandar Granada, pengunjung dapat bersiar-siar di kawasan sekitarnya.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Albaicin Quarter (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), kawasan yang meliputi Alhambra, San Cristobal, Sacromante dan Elvira. Albaicin berlainan daripada bandar – bandar lain yang terdapat di Granada kerana ianya lebih mempunyai pengaruh Islam yang kuat.
  • Makan malam dan bermalam Granada.

Hari 9: Granada – Toledo – Madrid (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Madrid melalui Toledo, meliputi perkara berikut:

  • Old Bisagra Gate (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), satu-satunya tempat yang masih terpelihara dalam keadaan yang baik sejak abad ke-8 hingga abad ke-13.
  • Bab Al Mardum Mosque (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), dibina di Toledo, Spain dan merupakan “private institution” berdasarkan senibinanya yang lebih kepada ‘gothic” pada awalnya.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Alcaraz (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam dan luar), jaraknya ialah 80 kilometer daripada Albacete yang terdapat pelbagai monumen- monumen yang luar biasa dan menawan mata para pengunjung.
  • Madrid – Merupakan ibu negara Sepanyol, dan di kawasan sekitarnya terdapat pelbagai tarikan seperti seni, fesyen, pelbagai jenis restoran dan kafe dan pengunjung dapat menikmati “nightlife” yang seronok disini.
  • Makan malam dan bermalam di Madrid

 

Hari 10: Madrid (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Madrid dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Bullring of Madrid Las Ventas (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), diilhamkan oleh Jose Espelius dan apabila beliau mati ketika pembinaan sedang dijalankan, Manuel Munoz mengambil alih pembinaan tersebut sehingga selesai pada tahun 1931 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun yang sama. Bullring of Madrid Las Ventas merupakan arena yang terbesar di dunia.
  • Panoramic of Real Madrid Puerta Del Sol, Cibeles (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), dikenali sebagai bandar yang sangat sibuk yang terletak di tengah-tengah bandar Madrid.
  • Makan tengahari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Las Rozas Village Outlet (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di dalam bangunan), merupakan pusat beli belah yang mempuyai pelbagai jenis kedai antaranya kedai menjual cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air.
  • Makan malam dan bermalam di Madrid

Hari 11: Madrid – Departure: (Sarapan Pagi, Makan di atas kapal)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di bandar Madrid, meliputi perkara berikut:

  • Santiago Bernabeu Stadium (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di luar), merupakan stadium bola sepak kedua terbesar di Sepanyol yang boleh memuatkan 81,044 penonton.
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan anda pulang, membawa kembali kenangan indah dan cenderahati hebat dari percutian Spain Morocco anda.
  • Sekiranya menggunakan penerbangan transit, pelanggan dinasihatkan untuk menempah lounge lapangan terbang dengan kos sendiri untuk keselesaan peribadi.

Hari 12: Arrival – KLIA

  • Tiba di KLIA.
  • Pelanggan dikehendaki mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa ketibaan
View More

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan antarabangsa (2 hala – kelas ekonomi).
  • Penginapan bagi 9 malam di hotel/apartment style.
  • Lawatan seperti yang dinyatakan di dalam program.
  • Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris di Spain dan Morocco.
  • Pengangkutan menggunakan Minivan atau bas.
  • Sarapan pagi, Buffet, Makan Tengahari, dan Makan Malam seperti yang dinyatakan.
  • Bayaran masuk ke Bahia Palace – Marrakech, Alhambre dan Masjid Cordoba.
  • Cukai hotel di bandar.
  • 0.5L air botol setiap hari bagi seorang di dalam bas.
  • Tips kepada Pemandu Pelancong dan Pemandu.
  • Insurans perjalanan
  • Perbelanjaan Visa jika diperlukan
  • Cukai levi
  • Perkhidmatan portage di lapangan terbang
  • Penerbangan domestik
  • Tips perkhidmatan pengalihan barang di hotel dan restoran.
  • Perbelanjaan Peribadi (dobi, makanan atau minuman tambahan, bar mini dll)
  • Lawatan tambahan ke Bernabeu Stadium Tour / Seville Alcazar / Madrid Royal Palace dan lain-lain yang tidak dinyatakan
  • Sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Kos Kuarantin di Malaysia
  • PCR (sekiranya perlu)

Tour's Location

SPAIN & MOROCCO

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Apakah dokumen yang perlu dihantar?
1. Salinan passport (softcopy)
2. Salinan vaksin

Bagi serahan dokumen, sila hubungi: 011-51496802
Adakah saya perlukan visa untuk melancong ke Spain-Morocco ?
Bagi rakyat Malaysia, visa melancong ke Spain-Morocco tidak diperlukan.
from RM9,838.00

You might also like