from RM8,788.00
Explore

PAKEJ JELAJAH BALKAN 5 NEGARA

BALKAN
0/5
Duration

10 DAYS 7 NIGHTS

Tour Type

Specific Tour

Group Size

26 people

Languages

___

Overview

Hari 1: KLIA – Zagreb, Croatia (Makan di atas kapal)

  • Bertolak ke Zagreb dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelanggan dikehendaki berkumpul seawal 5 jam sebelum berlepas bagi proses Daftar Masuk Kumpulan (‘Group Check-in’).
  • Julai-Ogos: Tambahan lawatan ke Ljubjana, Slovenia meliputi Central Farmers Market, Town Hall, Ljubjana Cathedral, Three Bridges, National Library Building dan Preseren Square.

Hari 2: Zagreb, Croatia – Plitvice, Croatia (1 Jam) – Bihac, Bosnia ( 3 Jam 8 min ): ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Apabila tiba, bertemu Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris anda di Zagreb Airport. Kita akan meneruskan perjalanan ke bandar di Zagreb dan mula bersiar-siar meliputi tempat berikut:

Zagreb City Tour:

  • Dolac Bazaar salah satu bazar yang saiznya agak besar yang menjual pelbagai jenis barangan kepada pelanggan seperti bunga-bunga segar, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar juga.
  • St Mark Church Merupakan salah satu monumen yang tertua di bandar Zagreb. Dibina sejak dari tahun 1449 dan apa yang menariknya pada monumen ini banguna ini telah diperbaharui pada bangunan ini ialah di bahagian bumbungnya berwarna -warni dan menarik
  • Lotrscak Tower Perkataan Lotrscak diambil daripada perkataan Latin.
  • Makan Tengah hari & SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Ban Jelacic Square Merupakan mercu tanda yang terkenal di bandar Zagreb dan terletak di tengah-tengah pusat bandar. Ditubuhkan pada abad ke 17 sebagai salah satu satu pusat perniagaan komersial.
  • Plitvice Lakes National Mempunyai keluasan sebanyak 295 kilometer kaki per segi, hutan simpan yang mempunyai rangkaian enam belas tasik yang bercantum dengan air terjun.
  • Makan malam dan bermalam di Bihac.

Hari 3: Bihac, Bosnia – Travnik, Bosnia (3 Jam 22 min)- Sarajevo, Bosnia (1 Jam 27 min ): ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan

malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan lawatan di Bihac kemudian lawatan diteruskan meliputi perkara berikut:

  • Mlincici Jajce Watermills Kincir air yang terletak kira-kira 5.5 km dari arah barat Bihac ke pusat bandar.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Panoramic Tour Travnik City Merupakan antara bandar yang tertua di Bosnia dan Herzegovina dan turut dikenali dengan bangunan-bangunn yang cantik pada abad ke 15 (Castle of Travnik, Sulejmanjije Mosque, Ibrahim Pasha Medresa, Varos Mosque dan Blue Water).
  • Sarajevo Melawat Bascarsija Old Town yang dikenali dengan bazar yang tertua dan tempat-tempat bersejarah. Serta disekelilingnya mempunyai masjid, kedai-kedai yang untuk membeli cenderahati.
  • Makan malam dan bermalam di Sarajevo.

Hari 4: Sarajevo – Mostar, Bosnia and Herzegovina (2 Jam 4 min): (Sarapan pagi, Makan Tengah hari, Makan malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran ke Sarajevo, meliputi perkara berikut:

  • Museum Tunnel of Hope Dibina pada tahun 1993 dan mempunyai keluasan sebanyak 800 meter, terowong ini dibina oleh buruh dari Bosnia sebagai penghubung untuk ke bandar pada tahun 1992 – 1996 Siege of Sarajevo.
  • Vrelo Bosne Natural Park Merupakan sumber untuk sungai Bosnia yang mempunyai pelbagai jenis spesies ikan dan angsa.
  • SOLAT JAMAK.
  • Mostar Sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang unik, rekabentuk bangunan dan mempunyai tempat di Neretva River Bank yang mempunyai pemandangan semula jadi yang menarik.
  • Old Bridge Seni bina ynag mengandungi elemen klasik Ottoman dan dibina pada tahun 1566 oleh jurutera daripada Turki iaitu Mimar Hayruddin.
  • Bey’s Mosque Dibina di tengah-tengah bandar Bascarsija pada 1530. Apa yang menariknya reka bentuk bagi masjid ini ialah diilhamkan daripada seorang ketua seni bina pada empayar Ottoman iaitu Adzem Esir Ali.
  • Oriental Bazaar Terletak di Bascarsija yang menjadi tarikan utama kepada para pelancong,dan merupakan bazar yang tertua. Yang menariknya bazar ini mempunyai ciri-ciri senibina yang melambangkan negara Balkan.
  • Turkish House Turut dikenali sebagai Kajtaz’s House. Turkish House mempunyai artifak yang asli dan berkonsepkan Turki dipercayai milik sebuah keluarga tetapi kini dibawah perlindungan UNESCO sepenuhnya.
  • Makan malam dan bermalam di Mostar.

Hari 5: Mostar – Dubrovnik,Croatia ( 2 Jam 18 min )– Trebinje, Bosnia ( 41 min ) : ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out kita akan memulakan persiaran ke Mostar dengan menaiki bas/minivan meliputi perkara berikut:

  • Blagaj River Sumber bagi Buna River merupakan salah satu yang terbesar dan paling cantik di Eropah.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Dubrovnik Old Town Merupakan bandar yang masih memelihara keunikan reka bentuk asal bagi bangunan walaupun sudah berabad lamanya telah terbina. Dan turut tersenarai di bawah UNESCO. Melawat Rector’s Palace dan Renaissance Palace yang mempunyai senibina yang menarik.
  • Dubrovnik City Wall Menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Lautan Mediteranean tertutama selepas menjadi salah satu set penggambaran bagi filem Game Of Thrones. Selain itu, turut dikenali juga sebagai Pearl of the Adriatic.
  • Onofrio Fountain Dibina pada tahun 1438 hingga 1440 dan mempunyai paip air disekeliling air pancuran.
  • Orlando Column Menjadi simbol untuk bandar dibawah jajahan Raja Hungary – Croatia. Tugu yang dibina itu melambangkan tanda kesyukuran dan kemakmuran masyarakat pada ketika itu.
  • Old Port Terletak di sebelah timur dan menjadi tempat -tempat untuk banyak kapal-kapal berlabuh.
  • Makan malam dan bermalam di Trebinje.

Hari 6: Trebinje – Montenegro (2 Jam 28 min) – Shkoder, Albania (1 Jam 47 min): (Sarapan pagi, Makan Tengah hari, Makan malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Tribinje dengan lawatan seperti berikut:

  • Bay of Kotor Terletak di Lautan Adriatic dan turut tersenarai sebagai tempat destinasi pelancongan yang berkonsepkan sejarah dan budaya yang diiktiraf oleh UNESCO.
  • Budva Sightseeing orientasi berjalan di kawasan terbuka, terdapat tempat untuk cuci mata bagi membeli barangan seperti cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan juga Old Mediterranean port yang dikelilingi dinding pengukuhan yang dibina oleh Republic of Venice.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Sveti Stefan Peserta boleh menikmati pemandangan yang indah dan mempunyai kepulauan kecil yang terdapat resort bertaraf 5 bintang.
  • Makan malam dan bermalam di Shkoder.

 

Hari 7: Shkoder – Tirana, Albania (1 Jam 55 min) – Ohrid, North Macedonia ( 2 Jam 29 min): ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran untuk melawati bandar Shkoder, meliputi perkara berikut:

  • Shkoder Sightseeing peserta akan dibawa menaiki bas untuk bersiar-siar di sekitar bandar Shkoder bagi melawat bandar lama, masjid and jalan raya yang mempunyai keunikan dari hasil seni binanya.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).

 Tirana Panoramic Tour:

  • Skanderbeg Square Dinamakan sempena nama hero nasional Albania iaitu Sheshi Skenderbej, dan merupakan plaza utama ditengah-tengah bandar Tirana.
  • Skanderbeg Statue Dibina oleh Odhise Paskali pada tahun 1968 monumen setinggi 11 meter, dibina sebagai tanda memperingati mendiang Skanderbeg.
  • Et’hem Bey Mosque Bangunan masjid yang kecil dan elegan ini menjadi sebagai salah satu monumen yang masih kekal di bandar Tirana dan antara yang tertua dia sana.
  • National Museum Muzium yang membenarkan orang awam untuk masuk dan memaparkan pelbagai koleksi dan khazanah yang terdapat di negara Albania, serta turut memaparkan seni budaya dan cara hidup bagi masyarakat Albania.
  • Opera House Sebuah tempat untuk pertunjukan seperti balet, penyanyi opera, koir dan sebanyak 150 persembahan yang dipersembahkan pada setiap tahun.
  • St Naum Monastery Peserta dapat menikmati pemandangan yang indah di Galicica National Park.
  • Meneruskan perjalanan ke Ohrid dan bermalam di sana.

Hari 8: Ohrid – Skopje, North Macedonia (2 Jam 45 min) (Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Ohrid dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Ohrid Sightseeing – Peserta akan dibawa untuk bersiar-siar ke Ohrid Square yang mempunyai air pancuran dan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Seterusnya ke Ali Pasha Mosque, Old Bazaar dan Pearl Shop.
  • Optional Tour: Ohrid boat cruise (Optional) EUR 30/person
  • Tetovo – (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka – Dalam perjalana ke Skopje, singgah sebentar di Tetovo untuk melihat keunikan Painted Mosque sejak daripada abad ke-15.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Matka Canyon [tertakluk kepada waktu semasa] Sekiranya sempat, peserta akan dibawa untuk melawat Matka Canyon yang terdapat tasik tiruan yang tertua di negara tersebut iaitu The Matka Lake.
  • Meneruskan perjalanan ke Skopje dan bermalam di sana.

Hari 9: Skopje Airport – Kuala Lumpur: (Sarapan Pagi, Makan Tengah hari)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran ke melalui Skopje, meliputi perkara berikut:

  • Alexander The Great Melawat tugu yang menjadi lambang kemegahan di Skopje.
  • Macedonia Square Merupakan sebuah tugu yang terletak di tengah-tengah bandar Skopje, North Macedonia.
  • Stone Bridge Sebuah jambatan yang dibina untuk menyeberangi ke Sungai Varder dan tahun pembinaannya ialah bermula dari 1451.
  • Daut Pasha Hammam Kini lebih dikenali sebagai National Gallery of Macedonia pada tahun 1948.
  • Mustafa Pasha Mosque Menjadi salah satu contoh seni bina Islamik di Balkan. Dan ianya dibina pada tahun 1492 oleh Mustafa Pasha.
  • Old Bazaar Terdapat kedai-kedai untuk peserta membeli buah tangan untuk dibawa pulang.
  • Bertolak ke lapangan terbang.
  • Transit di Istanbul.

Hari 10: Arrival – KLIA (Meal on Board)

  • Tiba di KLIA.
  • Pelanggan dikehendaki mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa ketibaan.
View More

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan antarabangsa (2 hala – kelas ekonomi)
  • Airport Tax, Check-In Baggage 30kg, Meals On Board (MOB)
  • Penginapan bagi 7 malam di hotel
  • Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris dari Croatia hingga North Macedonia
  • Pengangkutan menggunakan Minivan atau bas
  • 7x Sarapan pagi di hotel, 8x makan tengah hari dan 7x makan malam di hotel atau restoran lokal
  • Pembayaran masuk ke tiket lawatan yang dinyatakan
  • Tips kepada Pemandu Pelancong dan Pemandu
  • Insurans perjalanan
  • Perbelanjaan Visa jika diperlukan
  • Cukai levi
  • Perkhidmatan portage di lapangan terbang
  • Penerbangan domestik
  • Tips perkhidmatan pengalihan barang di hotel dan restoran.
  • Perbelanjaan Peribadi (dobi, makanan atau minuman tambahan, bar mini dll)  Lawatan tambahan ke Ohrid boat cruise ( Optional ) EUR 30/person
  • Sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Kos Kuarantin di Malaysia
  • PCR (sekiranya perlu)

Tour's Location

BALKAN

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Apakah dokumen yang perlu dihantar?
1. Salinan passport (softcopy)
2. Salinan vaksin

Bagi serahan dokumen, sila hubungi: 011-51496802
from RM8,788.00

You might also like