from 0 review
7 Days 6 Nights
Daily Tour
Unlimited
___
Hari 1
Arrival – Banjarmasin : ( Makan Malam)
Tiba di Banjarmasin Airport, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong
Aktiviti bebas
Makan malam di Pekan Baru, check in hotel dan berehat
Hari 2
Floating Market – Kampung Sasirangan – Taman Maskot – Masjid Sultan Suriansyah – Duta Mall – Taman Siring Sungai
Martapura : (Sarapan Pagi , Makan Tengah Hari, Makan Malam)
Selepas subuh, bertolak ke Pasar Terapung Kuin
Kembali ke hotel untuk sarapan pagi
Seterusnya, meneruskan perjalanan ke kota Banjarmasin dengan mengunjungi rumah Batik Banjar di Kampung Sasirangan,
Masjid agung Sultan Suriansyah untuk solat zohor
Makan tengah hari
Mengunjungi Taman Maskot dari Banjarmasin
Membeli belah di Duta Mall
Makan malam dan kembali ke hotel
Hari 3
Banjarmasin – Diamond Digging – Martapura : (Sarapan Pagi , Makan Tengah Hari , Makan Malam )
Sarapan pagi di hotel
Meneruskan lawatan ke desa Cempaka untuk melihat cara-cara mencari berlian kasar pada penggalian berlian tradisional
Seterusnya, peserta akan mengunjungi kota Martapura untuk melihat cara-cara berlian dibersihkan
Solat zuhur di Masjid Agung Al Karomah
Makan tengah hari dan meneruskan lawatan ke Desa Kelampaian untuk menziarahi Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari,
salah seorang ulama terkenal suatu ketika dahulu
Kembali ke Banjarmasin dan solat maghrib di Masjid Sabilal Muhtadin
Makan malam di restoran lokal
Hari 4
Banjarmasin –Balikpapan – Samarinda : (Sarapan Pagi , Makan Tengah Hari , Makan Malam )
Sarapan pagi di hotel
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Balikpapan di kalimantan Timur
Tiba di Balikpapan, dan akan disambut oleh pemandu pelancong
Makan tengah hari di restoran lokal
Meneruskan perjalanan ke Samarinda – mengunjungi Islamic Center, Cruise sore Kapal Wisata Sungai Mahakam di
Samarinda
Makan malam di restoran lokal, check in hotel dan aktiviti bebas
Hari 5
Samarinda – Tenggarong – Balikpapan : (Sarapan Pagi , Makan Tengah Hari , Makan Malam )
Sarapan pagi di hotel dan check out
Berbelanja ole-ole Roti Durian Panglima Samarinda
Meneruskan lawatan ke Desa Budaya Pampang
Perjalanan diteruskan ke Tenggarong untuk melihat Kedaton Kutai Kertarajasa
Makan tengah hari di restoran lokal
Pulang semula ke Balikpapan dengan waktu perjalanan selama 2 jam setengah
Makan malam di restoran lokal, check in hotel di Balikpapan dan aktiviti bebas
Hari 6
Canopy Bridge – Kampung Atas Air Margasari – IKN : (Sarapan Pagi Makan Tengah Hari , Makan Malam )
Sarapan pagi di hotel
Memulakan aktiviti Mangrove Centre Graha Indah Balikpapan dengan cruise di Sungai Sombar menggunakan perahu motor
Kemudian menuju ke Kampung Atas Air Margasari, seterusnya menggunakan bot menuju ke Kawasan Ibu Kota Nusantara
Kembal i ke Balikpapan menikmati suasana petang di Pantai BSB Balikpapan
Makan malam, kembali ke hotel dan aktiviti bebas
Hari 7
Departure Sepinggan Airport Balikpapan ( Sa
rapan Pagi )
Sarapan pagi di hotel
Bertolak ke lapangan terbang untuk pulang