Selesai semalam program berbuka puasa bersama anak-anak Hafiz Hafizah Baitul Ehsan Alkhairi.
Bermula majlis dengan ucapan ringkas Ustaz Mursyid dan Tuan Haji Omar.
Alhamdulillah. Mengikut maklumat Tuan Haji Omar, mereka telah dihadiahkan oleh seorang Hamba Allah satu ekar tanah untuk dibuat Pusat Kebajikan di Hulu Langat. Tanah bernilai hampir RM300k itu diberi secara percuma kepada mereka untuk diusahakan. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Hamba Allah tu insyaAllah.
Habis taklimat, game puzzle pun bermula dengan setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan setiap kumpulan dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator daripada Staf Mursyid Alharamain Travel & Tours.
Adalah dalam 30 minit untuk siapkan dan Alhamdulillah dapatlah kumpulan-kumpulan yang menang. Mereka diberikan hadiah hamper besar sebagai penghargaan.
Hadiah pelajar terbaik sekolah juga diberikan untuk mereka dibawa ke Petrosains KLCC insyaAllah. Tahun lepas kami bawa mereka ke Kidzania. Tahun ni lain sikit.
Majlis diteruskan dengan sumbangan ikhlas syarikat bernilai RM3000 dan juga duit zakat fitrah staf-staf kami. Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian Duit Raya kepada semua pelajar, ini yang paling mereka seronok Alhamdulillah.
Maghrib pun tiba maka semua berbuka puasa, solat dan program pun berakhir dengan jayanya Alhamdulillah.
Doakan tahun hadapan lebih meriah insyaAllah. Semoga usaha kecil kami ini dapat memeriahkan hati anak-anak ini insyaAllah. Doakan kejayaan mereka dan kami juga insyaAllah.
Jika anda berminat untuk membuat sumbangan ikhlas, boleh dilakukan secara terus ke akaun PERTUBUHAN BAITUL EHSAN ALKHAIRI : 8600084084 – CIMB ISLAMIC.
Comment (0)