Korban

RM450.00 – RM4,900.00

Clear

Additional information

DEFINISI IBADAH KORBAN

Amalan menyembelih ternakan an’am untuk mendekatkan diri kepada Allah swt pada masa tertentu.

TAHUN PENSYARIATAN

TAHUN KE-2 HIJRAH

DALIL PENSYARIATAN

SURAH AL-KAUTHAR AYAT 2 DAN SURAH AL-HAJJ AYAT 36.

HUKUM IBADAH KORBAN

SUNAT YANG SANGAT DITUNTUT (SUNAT MUAKKAD)

IBADAH PALING AFDHAL PADA EIDUL ADHA

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi (1493)

HIKMAH IBADAH KORBAN

KEPATUHAN: "[Ibrahim] berkata, 'Wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab, 'Wahai ayahku, lakukanlah seperti yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang orang sabar. " (Al-Quran 37: 102)

KESYUKURAN: Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

HASANAH: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.” [HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH]

PENGAMPUNAN: خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً
Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”.
Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)

TUNGGANGAN DI SIRATUL MUSTAQIM: Tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61]

BILA PERLU DILAKUKAN

PADA EIDUL-ADHA ATAU HARI RAYA QURBAN PADA 10 ZULHIJJAH DAN HARI TASYRIK 11, 12, 13 ZULHIJJAH.

BERAPAKAH BAHAGIAN KORBAN YANG PERLU DIBUAT

Minimum adalah satu bahagian mengikut kemampuan

BOLEHKAH SAYA MEMBUAT KORBAN BAGI DIRI SENDIRI, ANAK YANG SUDAH DEWASA ATAU ORANG LAIN

Boleh.

BOLEHKAH MEMBUAT KORBAN BAGI YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?

BOLEH

BOLEHKAH SEEKOR BINATANG DIKONGSI OLEH 2 ORANG ATAU LEBIH

 Kambing untuk seorang sahaja.
 Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

BOLEHKAH BERKONGSI 1 BAHAGIAN KORBAN SEBAGAI IBADAH KORBAN

Bagi ibadah korban, 1 bahagian hendaklah mewakili satu penama sahaja.

https://muis.org.my/2016/08/hukum-sedekah-qurban-berkongsi-bahagian-qurban/

BOLEHKAH MELAKUKAN IBADAH KORBAN DI NEGERI LAIN

Boleh

APAKAH HUKUM MEMINDAH DAGING KORBAN KE NEGERI LAIN?

Haram jika daging yang dipindah:
 korban wajib
 bahagian fakir miskin.
Boleh jika daging:
 bahagian orang kaya
 bahagian mudhahhi.

RUJUKAN

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban