Akikah

RM450.00 – RM4,900.00

Clear

Additional information

DEFINISI AQIQAH

Sebagai tanda kesyukuran bagi nikmat kelahiran anak yang dikurniakan Allah swt.

DALIL PENSYARIATAN

Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”. Riwayat al-Bukhari (2839)

HUKUM IBADAH AQIQAH

Sunat yang sangat dituntut (SUNAT MUAKKAD)

BERAPAKAH BAHAGIAN AQIQAH YANG PERLU DIBUAT

Disunatkan dengan menyembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki manakala 1 ekor kambing bagi bagi bayi perempuan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.Riwayat Abu Daud (2842)

ADAKAH MEMADAI BERAQIQAH HANYA DENGAN 1 EKOR KAMBING BAGI BAYI LELAKI

Memadai dan dibolehkan (rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/429) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah.)

BOLEHKAH SAYA MEMBUAT AQIQAH BAGI DIRI SENDIRI, ANAK YANG SUDAH DEWASA ATAU ORANG LAIN?

Dibolehkan

RUJUKAN

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri