PAKEJ UMRAH HOTEL DEKAT VS HOTEL JAUH
Mesti ramai yg sedang mencari Pakej Umrah Hotel dekat dan nak tahu juga jauh tu jauh yg tahapnya bagaimana kan? Baiklah, cuba baca sehingga habis pasti anda akan jelas bagaimana untuk memilih Pakej Umrah sama ada HOTEL DEKAT VS HOTEL JAUH NI.
H1: BERAPAKAH JARAK HOTEL DI MEKAH YANG PALING DEKAT DENGAN KAABAH?
Hotel yg paling dekat ialah hotel yg berjarak 30 meter atau 50 meter, memang turun2 dah terus Masjidil Haram dah. Bayangkan turun dari hotel dah nampak dataran Masjidil Haram dah. Ini memang terbaik.
H2: APAKAH KATEGORI HOTEL DI MEKAH YANG BERJARAK SEDERHANA DEKAT?
Hotel yg dekat juga boleh dikategorikan dengan harga yg berpatutan dengan jarak yg berpatutan seperti hotel yg berlingkungan 180 meter ke 600 meter. Hotel yg 180 meter boleh dibayangkan dengan perjalanan yg mengambil masa 7 – 10 minit dan 600 meter hotel yg memerlukan berjalan kaki sejauh 15 minit sahaja. Bagaimana nak bayangkan ya. Macam ni sahaja, seperti kita berjalan dari parking kita dan menuju ke dalam shoping complex, atau kita parking kereta dan berjalan masuk ke Jusco atau Tesco Xtra. Masih consider ok dengan jarak tersebut kerana pembayaran utk harga pakej tersebut.
H3: APAKAH JARAK HOTEL YANG DIKIRA JAUH?
Hotel yg paling jauh adalah hotel yg berjarak 1 kilometer dan ke atas dan yg memerlukan Bas dan Mikrobas utk menghantar dan mengambil sewaktu pergi dan balik utk solat dan seumpanya.
H4: SIAPA DAN KENAPA PERLU MEMILIH PAKEJ UMRAH HOTEL DEKAT?
1- Sebab kepuasan kita utk beribadah, mana taknya, hotel dekat ini mudah utk kita ulang alik ke Masjid dengan lebih cepat utk tujuan ibadat kita. Duduk di Masjid i’tikaf, tiba2 rasa nak ke toilet, toilet Masjid penuh jadi boleh balik ke bilik sendiri dan selepas siap boleh turun balik ke Masjid.
2- Mudah bagi yg berumur kerana mereka yg berumur susah utk berjalan jauh apatah lagi nak naik bas utk balik hotel, jadi yg paling mudah utk mereka adalah hotel yg paling dekat, 50 meter tu memang yg terbaik utk mereka. 180 meter tu pun sudah kira ok utk mereka.
3- Mereka yg sakit lutut juga perlu memilih hotel yg berjarak 50 meter atau 180 meter. Jangan memilih hotel yg berjarak 1 kilo meter dan ke atas. Kita ni dah sakit lutut jadi pilih hotel yg paling dekat dengan membayar pakej yg agak berbaloi, jgn dikirakan sgt duit tu dalam beribadat. Invest sedikit utk keselesaan supaya kepuasan dalam beribadah itu tercapai.
4- Mereka yg membawa anak juga dicadangkan utk memilih hotel yg lebih dekat utk memudahkan urusan dan perancangan program utk anak2-anak sepanjang berada di Tanah Suci. Seperti bergilir suami Isteri utk buat ibadah sewaktu bawa anak-anak, bergilir utk tawaf, solat dan seumpanya juga.
5- Mereka yg sakit Dialisis, sakit tua atau sakit2 yg tertentu juga kami sarankan utk memilih hotel berhampiran dengan Masjid.
6- Pilih hotel yg dekat dengan program2 yg bagus seperti 5 kali Umrah yg kami anjurkan, bukan apa, hotel dekat ni juga penuh dengan barangan Shopping dan seumpanya, jika program tak penuh maka kesibukkan di Shopping Mall itu lebih lagi dari ibadah di Masjidil Haram nanti.
Jadi bila syarikat yg sudah rancangkan ibadah anda di Tanah Suci maka tenanglah sikit kita dalam program ibadah kita. Nafsu membeli belah tetap ada tetapi kuranglah sedikit dari yg selalunya sebab sudah ada program yg dirancang.
Sebab itu kami di Mursyid Alharamain Travel merancang program yg terbaik dan terdekat buat semua penggemar Tanah suci. Pakej Umrah yang berkualiti dan berbaloi kerana mempunyai program tambahan seperti berikut:
a) 5 Kali Umrah
Kami berikan 5 kali Umrah ini adalah utk kepuasan semua Jemaah2 kami, jadi mereka tak perlu risau naik2 teksi lagi kerana kami sediakan Bas yg selesa utk mereka semua. Yang paling penting supaya mereka balik dengan tenang hati dan tercapai hajat mereka.
.
b) Mutawwif dari Malaysia
Mutawwif pun kami sediakan dari Malaysia. Jadi ibadah mereka semua akan terbimbing dan terpimpin dengan baik sewaktu di sana nanti. Yg hantar ibu dan ayah pun tak perlu risau. Tapi jika anda free atau boleh freekan diri anda apakah salahnya anda ikut sekali bantu urusan mereka sekejap. Tlg pimpin mereka, tlg belanja makan mereka dan macam2 boleh khidmat kepada mereka disamping mutawwif2 kami yg akan bantu mereka.
.
c) Mutawwifah ke Raudhah
Mutawwifah ke Raudah kami sediakan, almaklumlah kitakan kadang2 tak mahir dengan suasana masjidil haram Madinah, jadi mutawwifah ini akan bantu kaum ibu dan kakak2 ke dalam Masjid.
.
d) Lawatan Khas ke Bandar Bersejarah; Taif, Madain Soleh, Bandar Al-Ula, Badar.
Ada pakej2 kami dibawah juga yg ke Toif secara percuma kami bawakan mereka. Anda tidak perlu risau dan gusar kerana yg uruskan semuanya buat anda. Ada yg ke Bandar Ula juga utk lawatan di bandar lama di Kawasan situ.
.
e) 3 Kali Masjid Quba
Kita juga bawa ke Masjid Quba sebanyak 3 kali. Memang puas ke Masjid keempat yg fadilatnya tu besar sgt2, sekali solat dapat pahala Umrah di situ. Ini 3 kali ke situ, cubalah bayangkan betapa seronoknya apabila aktiviti dan musafir umrah kita dihabiskan dengan perkara yg sgt berfaedah seperti ke Masjid Quba ini isnyaAllah.
.
f) Lawatan Harian ke 20 Tempat Bersejarah
Disamping itu kita juga adakan lawatan hampir setiap hari merangkumi tempat lawatan Mekah dan Madinah. Kita akan bertolak pagi dan sebelum zuhur akan tiba agar jemaah dapat bersolat di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi.
.
g) Makan Malam Istimewa Nasi Arab
Selain menyediakan pakej yang lengkap dengan hidangan makanan, tak cukup syarat kalau tak merasa Nasi Arab sewaktu mengikuti Pakej Umrah. Insya Allah ada rezeki kita ke Restoran atau boleh juga disusun makan malam “Open-Air” di Ladang Kurma. Moga-moga para jemaah bukan sahaja mengecapi keseronokan beribadah tapi juga diselang-selikan dengan program Lawatan Sirah dan aktiviti Santai.
Yg pastinya mereka yg berminat perlu menghubungi kami segera utk berdaftar kerana penerbangan kami hampir daily dari Tanah Air bermula pada 1 NOVEMBER 2018.
PEJABAT KAMI : 03-55235176
CALL & WHASSAP:011-40033507
CALL & WHASSAP: 011-13139007
CALL & WHASSAP: 013-3016187
EMEL: salesteam@mursyidalharamain.com
WEBSITE : https://mursyidalharamain.com/v2/hajj-umrah-services/
Lihat jadual Kursus Umrah kami seluruh Malaysia di sini :
https://mursyidalharamain.com/v2/events/
Lihat penyerahan Lesen Khas Umrah di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685137601561537&id=405103486231628
Comment (0)