Mursyid Alharamain buka restoran Rasa Malaysia di Mekah, Madinah
Mursyid Alharamain restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah
KUALA LUMPUR – Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn. Bhd. (Mursyid Alharamain) berjaya membuka restoran dan katering di Mekah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia selepas 10 tahun beroperasi di negara ini.
Pengarah urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, kejayaan itu kerana pihaknya sentiasa prihatin dengan aduan pelanggan sejak beroperasi walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang.
Beliau mengakui pada peringkat peringkat awal perkhidmatan terdapat pelanggan yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan.
Ketika itu, kata beliau, pihaknya tidak dapat mengawal sepenuhnya isu tersebut kerana penyediaan makanan disediakan oleh pihak ketiga namun tetap mengambil aduan tersebut secara serius.
“Kami mengambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah dan malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami.
“Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi sudah menjadi macam keluarga di mana seronok dapat raikan mereka yang memberikan satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Mursyid Alharamain di Shah Alam semalam.
Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, syarikat itu berjaya memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.
Antara tetamu VIP yang hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Mursyid Alharamain yang berlangsung di Shah Alam semalam
Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik Covid-19, Muhammad Mursyid berkata, ketika itu, beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama ini setia jatuh bangun bersama syarikat.
“Ketika kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami dan kakitangan kami ini yang danggap sebahagian daripada keluarga dn sebab itulah kami kekalkan mereka sehingga sekarang.
“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn. Bhd.,” katanya.
Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahun malah berjaya melepasi dugaan pandemik itu, Muhammad Mursyid berkata, pada awal perniagaan sehingga sekarang, Mursyid Alharamain menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’
“Dari dulu kami tawarkan lima kali umrah kepada jemaah di mana kami yang membawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi.
“Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah selain membawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti, serta mutawif berpengalaman.
“Alhamdulillah, kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan meningkat membuatkan mereka tertunggu-tunggu pakej umrah kami setiap tahun. Malah ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan kami dan ada pula yang jadi rakan bisnes kami serta bersama-sama bantu perkasakan Mursyid Alharamain.
“Pelanggan kami ni baik sangat, sampai ada yang jumpa kami semata-mata nak bagi beberapa peluang untuk naikkan lagi prestasi syarikat. Kami terharu sungguh,” ujarnya yang turut memberikan penghargaan kepada isterinya, Intan Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.
Bercerita mengenai perancangan akan datang, Muhammad Mursyid berkata, selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
Sementara, Muhammad Mursyid memberitahu, Mursyid Alharamain ketika ini menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana pihaknya ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang.
Bagi membalas kepercayaan mereka, kami menganjurkan peraduan pakej umrah percuma di mana maklum lanjut boleh menghubungi +60 11 1609 5176. – MalaysiaGazette
Credit : https://malaysiagazette.com/2023/05/14/mursyid-alharamain-buka-restoran-rasa-malaysia-di-mekah-madinah/
MALAYSIA GAZETTE (SPROUT YOUR MIND)
Comment (0)