Doa isteri jadi pelengkap, sentiasa peka aduan pelanggan, rahsia Mursyid Alharamain mampu bertahan 10 tahun tanpa guna selebriti
SEJAK kebelakangan ini, kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam.
Ditambah pula dengan isu kenaikan harga yang membuatkan ramai yang pening kepala.
Itu antara sebab ada sesetengah daripada jemaah yang terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.
Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya mengambil berat akan hal itu dan beberapa keperluan signifikan lain.
Pengarah Urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, pihaknya yang sudah 10 tahun beroperasi sentiasa berusaha menyantuni jemaah.
Berjaya melepasi dugaan Covid-19, MATTSB katanya, menawarkan keunikan dalam pakej umrah mereka melalui tagline Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain.
“Dari dulu, kami tawarkan lima kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan servis MATTSB.
“Selain itu, syarikat juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti termasuk mutawif berpengalaman,” jelasnya sambil memberitahu ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan MATTSB dan terdapat juga yang jadi rakan bisnes.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Restoran SACC Kelana Seafood Shah Alam.
Muhammad Mursyid menambah, pihaknya juga sentiasa peka dengan aduan jemaah.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka
dengan rasa makanan yang disediakan.
“Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius,” ujarnya.
Tidak menganggap aduan sebagai satu hal yang mencalarkan reputasi, beliau sebaliknya berbesar hati apabila pelanggan sudi memberi maklum balas.
“Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak daripada maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” ujar
Berkat kesabaran, pihaknya berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia.
Usaha gigih yang digembleng MATTSB berbaloi apabila memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards 2023.
Pengiktirafan itu sekali gus membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.
“TAWAR UMRAH PERCUMA”
Kejayaan yang diraih semestinya ada tonggak di belakang Muhammad Mursyid.
ZAITON MANAF (SINAR PLUS – DOMINASI GAYA HIDUP)
Comment (0)