ULANGAN PANTANG LARANG IHRAM BUAT SEMUA YANG NAK KE TANAH SUCI.
LARANGAN ihram merupakan satu daripada perkara wajib haji atau wajib umrah.
Melanggarnya tidaklah membatalkan umrah atau haji tetapi dikenakan dam.
Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan sengaja maka hukumnya berdosa.
Apabila bakal haji atau umrah berniat ihram sama ada ihram umrah atau ihram haji maka wajiblah ke atas mereka untuk menjaga 13 larangan ihram.
Secara umumnya, terdapat 13 larangan ihram yang harus dijaga oleh bakal-bakal haji. Bolehlah saya ringkaskan kesemua larangan tersebut kepada empat bahagian:
a) Pakaian
1. Tidak boleh memakai pakaian berjahit (lelaki)
2. Tidak boleh menutup kepala (lelaki)
3. Tidak boleh menutup muka (wanita)
4. Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita)
b) Kecantikan (lelaki dan wanita)
1. Tidak boleh memakai wangi-wangian
2. Tidak boleh menyapu minyak
3. Tidak boleh menanggalkan rambut
4. Tidak boleh memotong kuku
c) Alam sekitar (lelaki dan wanita)
1. Tidak boleh memburu binatang buruan
2. Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan
d) Hubungan
1. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
2. Mukadimah persetubuhan
3. Persetubuhan suami isteri
Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji…..” (Al-Baqarah:197)
SEMOGA SEMUA MENDAPAT UMRAH MABRURAH INSYAALLAH.
Comment (0)