03-umrahstandard

Ramai orang suka pergi bercuti, sama ada ke destinasi dalam negara mahupun luar negara. Dan antara destinasi percutiaan yang tengah ‘hot’ sekarang adalah ke negara di dua benua, Turki. Apa yang
dibayangkan semasa percutian adalah tentang perkara yang indah-indah belaka. Jika anda benar-benar inginkan saat percutian yang betul-betul indah, menyeronokkan dan bebas daripada sebarang kerisauan, anda boleh ikuti beberapa tips menarik seperti berikut:

Takaful Perjalanan

Perkara ini adalah amat, amat dan amat penting! Kenapa? Kerana kita pasti mahukan saat-saat percutian yang kita lalui tidak membebankan diri kita di kemudian hari. Pepatah mengatakan, malang tidak berbau. Oleh sebab itu, sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, ada risiko beg tidak sampai, passport hilang semasa berada di negara tempat percutian dan juga ada risiko kecelakaan yang menyebabkan kita perlukan rawatan kesihatan di tempat orang. Dengan adanya Takaful Perjalanan, kita akan mendapat pampasan semula untuk kos-kos yang kita mungkin terpaksa keluarkan sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dijangka.

Tukaran Mata wang

Pada ketika ini, kadar pertukaran matawang antara Ringgit Malaysia dan Lira Turki boleh dikatakan berbaloi. Bulan lepas, kadar pertukaran wang tunai untuk 1 Lira Turki bersamaan dengan antara RM0.84 sehingga RM0.87 di kaunter pengurup wang. Perlukah kita bawa banyak-banyak wang tunai ke Turki? Sebenarnya, wang tunai itu perlu. Dan kita juga perlu ingat Turki adalah sebuah negara Islam yang membangun pesat serta mempunyai teknologi kewangan yang memudahkan para pengunjungya. Mengikut pengalaman penulis, dengan menggunakan kad debit Maybank di Turki, kadar tukaran wang adalah serendah 1 Lira Turki bersamaan RM0.80! Dan kebanyakan kedai di Turki mempunyai kemudahan bayaran menggunakan Kad Debit/Kredit terutamanya di tempat-tempat tarikan pelancong. Jadi, boleh manfaatkan kadar tukaran yang lebih rendah ini sekiranya anda berhasrat untuk membeli belah saat berada di Turki kelak!

Cuaca Panas/Sejuk dan Kering

03-umrahstandard

Di Malaysia kita sentiasa berada dalam hawa panas dan lembab sepanjang tahun. Kita akan cepat berpeluh dan kulit rasa melekit dalam suasana macam ini. Berbeza dengan keadaan di Turki, mereka
negara dengan empat musim. Pada musim sejuk suhu boleh mencecah sehingga bawah 0 darjah celcius dan pada musim panas suhu boleh mencecah sehingga 45 darjah celcius di sesetengah tempat. Udara
yang kering pula menyumbang kepada proses ‘dehydration’ cepat berlaku dalam badan kita. Jarang nak merasa melekit badan bila berada di Turki, terutamanya pada musim luruh dan sejuk. Jadi, sesiapa yang nak ke Turki kena pastikan keadaan kulit badan tidak terlalu kering sebab boleh mengundang rasa gatal yang tak tertahankan! Antara persediaan yang baik untuk hadapi udara kering di sana, sentiasa pastikan:

1. Minum air dalam kadar yang lebih daripada biasa yang kita minum di Malaysia
2. Sediakan pelembap bibir dan kulit badan (losyen, minyak zaitun) untuk digunakan bila perlu

Makanan dan Minuman

03-umrahstandard

Turki adalah sebuah Negara Islam dan majoriti penduduknya adalah orang Islam. Makanan dan minuman halal adalah sangat mudah dijumpai. Untuk orang bukan Islam, tiada isu yang dirisaukan untuk bab makan bila pergi melancong ke negara luar. Untuk orang Islam pula, penting untuk menjaga pemakanan kita supaya sentiasa dapat makan dan minum produk-produk yang halal. Setiap daerah dan negeri di Turki kebiasaannya ada menu dan jenis makanan yang khusus dihasilkan di tempat tersebut. Jadi, pastikan anda
ambil peluang untuk makan dan minum makanan tradisi di setiap tempat yang anda lawati!

Berapa banyak pakaian yang perlu dibawa?

Bergantung kepada tarikh pelancongan anda di Turki, boleh jadi anda tidak perlu bawa banyak pakaian pun ke sana. Jika anda melancong pada musim panas, ya, pastikan bawa pakaian yang seperti kita pakai di Malaysia sebab cuaca panas akan menyebabkan kita cepat berpeluh dan perlu tukar baju dengan kerap. Namun, jika anda melancong pada musim sejuk, tidak perlu bawa banyak pakaian yang cantik-cantik. Sangat penting untuk anda bawa paling kurang 2 persalinan baju ‘Thermal’ dan sangat penting untuk bawa satu baju sejuk untuk dipakai di luar! Pada musim sejuk, anda tidak akan berpeluh sangat. Jadi, kalau tidak mandi pada hari tersebut pun akan agak sukar untuk orang lain tahu! Dan bila dah mandi pastikan anda gunakan pelembap kulit bagi mengelakkan kulit kering yang melampau pada musim sejuk, sekaligus menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa sepanjang berada di sana.

Satu lagi aspek penting untuk diambilkira ketika berada di Turki adalah untuk memakai kasut atau sandal yang bersesuaian. Ketika di Turki anda akan banyak berjalan ke sana ke mari sebab jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak dekat di kawasan bandar. Manakala di kawasan pelancongan luar bandar pula, anda akan banyak berjalan untuk melihat dan melawati tempat-tempat yang bersejarah. Dengan memakai kasut atau sandal yang bersesuaian, anda dapat memastikan kaki anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sepanjang masa.

Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan

Percutian yang bermakna pasti ingin dikenang sampai bila-bila. Jadi, sebelum datang ke Turki pastikan anda sudah bersedia dengan telefon ataupun kamera dengan memori yang banyak supaya boleh ambil gambar serta video percutian banyak-banyak. Bentuk mukabumi yang unik, suasana yang ceria, tinggalantinggalan sejarah sejak ratusan malahan ribuan tahun, adalah pemandangan serta suasana yang tidak dapat diceritakan secara terperinci. Bak kata pepataha inggeris, ‘A picture tells a thousand words’.

Sekiranya anda berhajat untuk membeli belah di Turki, pastikan anda bawa beg yang bersesuaian. Juga, pastikan ruang dalam beg itu mencukupi pada masa datang dan pulang daripada Turki. Kebiasaannya penulis akan terbang ke Turki dengan pakaian suku penuh sahaja sebab bila balik nanti boleh isikan beg dengan barang-barang yang dibelis emasa di Turki nanti! Melainkan anda memang betul-betul merancang untuk tidak berbelanja di Turki, pastikan bawa beg anda boleh memuatkan muatan yang tidak lebih 30 kg dalam satu beg.