MASJID QUBA
Salah satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah mereka memiliki masjid-masjid yang tidak dimiliki oleh umat lainnya. Masjid di Makkah, Madinah dan Palestin memiliki kedudukan istimewa bagi umat islam di seluruh dunia. Setiap Masjid memiliki nilai sejarah yang sangat tinggi. Begitulah pula halnya dengan Masjid Quba.
Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Masjid Quba dibangun di awal peradaban islam yaitu pada 8 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah sekitar 622M. Masjid Quba terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota madinah. Masjid Quba yang saat ini berdiri adalah masjid yang telah diubah dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Masjid ini berdiri diatas kebun kurma dengan luas 1200 meter persegi, dan saat ini keluasan Masjid Quba sekitar 5.035 meter persegi. Masjid ini memiliki 19 pintu dan 3 pintu utama tempat masuk para Jemaah ke dalam masjid ini.
SEJARAH MASJID QUBA
Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan pergi berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini dikenal sebutan kota Madinah Al-Munawwarah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah nabi berada di perkampungan Quba, sekitar 10km dari kota Madinah. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatnya.
Dan pada saat itu pula usul dari Ammar RA di persetujui oleh Nabi dan para sahabat. Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA mula mengumpulkan batu-batu yang diletakkan satu persatu yang ditumpuk satu batu dengan satu batu lainnya untuk membuat masjid. Dengan kesabaran dan hati yang ikhlas akhirnya selama 4 hari berada di kampung Quba, untuk membuat tempat tersebut pun telah terjadi dan tempat itu adalah Masjid Quba. Masjid Pertama kali dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.
Setelah Nabi dan para sahabat selesai membangunkan masjid Quba, mereka segera berangkat ke kota Madinah, pada hari jumaat 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah. Nabi tiba di kota Madinah. Para penduduk Madinah sangat suka dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad S.A.W mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhubahkan solat jumaat pada hari itu. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “Madinatul Nabi” yang bererti kota nabi atau lebih dikenali kota Madinah.
KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MASJID QUBA DALAM QURAN DAN HADIS
“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)
Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah. (HR Ibn Majah)
Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan.Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu. (HR Bukhari)
Untuk maklumat tuan/puan kami menyediakan pakej-pakej ke Masjid Quba sebanyak 3 kali. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :
Comment (0)