JELAJAH KE CAPPADOCIA
Kita bersiaran daripada Kapadokya, satu lokasi yang unik dengan bentuk muka bumi yang menakjubkan!
Terletak di kawasan tengah Turki, landskap Kapadokya terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk kawasan berbukit di samping dataran yang luas. Suhunya rendah dan sesuai untuk tanaman pokok anggur dan sitrus. Batu batan di kawasan ini bersifat poros membolehkan wujud satu populasi manusia yang hidup dengan membina rumah mereka dalam bukit-bukit di sini. Cara binaannya adalah dengan mengorek bukit tersebut untuk membentuk rumah. Sangat Unik!
Beberapa tempat panorama sempat kami lawati seperti Gerome Open Air Museum, Pasabag Valley, Underground City dan Osakasi. Panorama bukit berlubang-lubang yang unik, dataran yang luas dan bentuk-bentuk batu yang unik hasil daripada hakisan angin dan hujan benar-benar menakjubkan!
2 lagi tempat yang menarik kami lawati;
• Uchisar Jewellery Factory
• Hand Woven Carpet Demonstration
Kenal jenis batu yang menarik seperti Turqoise (katanya berasal daripada perkataan Tirkish Quartz) dan Sultanite (batu ubah warna ikut warna cahaya). Juga dapat menyaksikan bagaimana permaidani Turki dibuat dengan cara asli. Sangat menarik!
Makan tengahari di Goreme, kami sempat membeli belah di ‘Pekan Rabu. Murah-murah sayuran, buah-buahan dan kekacang yang dijual di sana!! ????
Lewat petang kami ziarah ke underground city sebelum berangkat pulang ke hotel untuk makan malam dan rehat.
Rupanya, tidak setakat itu! Ramai yang ingin mengalami suasana di pekan ini, jadinya kami sama-sama berjalan di malam hari mencari kedai souvenirs dan kedai kekacang. Pengalaman night outing yang menarik sekali!
[divider scroll_text=””]
Kami meyediakan pakej-pakej pelancongan muslim ke Turki. Maklumat lanjut boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :
Comment (0)