Bersyukur kerana Allah masih beri rezeki utk hati terasa nikmat pergi ke Tanah Suci serta beribadah di sana. Sujudlah syukur jika berpeluang. Lihat di luar sana, berapa ramai lagi orang Islam yang berkemampuan kewangan dan kesihatan tetapi masih belum berkesempatan menunaikan umrah. “Belum terbuka hati..Belum dapat hidayah..” katanya.
.
8 perkara yang anda perlu lakukan setelah terniat dalam hati untuk mengerjakan umrah:
.
1) Cari agensi umrah : Mursyid Alharamain Travel & Tours dan lihat kelebihan yg ditawarkan seperti 5 Kali Umrah, 3 Kai Masjid Quba, 20 tempat lawatan, Mutawwif dari Malaysia, Mutawwifah ke Raudah dan pelbagai kelainan lain lagi.
.
2) Dapatkan maklumat mengenai pakej dan buat pilihan:
– Nak Umrah Ziarah / Umrah Terus ?
– Nak duduk di Hotel mana? Hotel dekat (50m) atau Hotel jauh sikit (180 m – 800 m jarak dari Masjidilharam)
– Penerbangan apa?: (SAUDI / MALAYSIA AIRLINES / AIR ASIA X / lain-lain penerbangan untuk umrah ziarah atau transit).
– Pilih Tarikh yang dikehendaki.
– Lihat sektor juga: Masuk mekah dulu atau masuk Madinah?
.
3) Setelah membuat pilihan tarikh, Tuan / Puan boleh mendaftar dengan deposit RM 400 seorang dan isikan borang yang diberikan segera kerana takut penuh nanti.
.
4) Terima resit dan senarai dokumen yang diperlukan untuk tujuan dapatkan VISA UMRAH.
5) Mula membuat persiapan dan persediaan ilmu pengetahuan tentang umrah dengan menghadiri KURSUS UMRAH yang disediakan secara percuma di seluruh Negara.
.
6) Membuat persiapan fizikal dan mental, termasuk kelengkapan barangan yang nak di bawa ke sana dan juga persiapan dari segi kesihatan.
Comment (0)