from RM3,680.00
Book Now

GROUP SERIES : 7HARI 4 MALAM KOREA + BRUNEI CITY TOUR ( BY ROYAL BRUNEI )

BRUNEI - KOREA
Not Rated
Duration

7 DAYS 4 NIGHTS

Tour Type

Daily Tour

Group Size

20 people

Languages

___

Overview

Hari 1
KLIA – Transit Brunei (Makan di atas kapal):
° Bertolak ke Korea dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelanggan dikehendaki berkumpul seawal 4 jam sebelum berlepas bagi proses Daftar Masuk Kumpulan (‘Group Check-in’). Sila muat turun aplikasi MYSEJAHTERA dan sediakan sijil vaksin.
° Transit di Brunei ( 9 Jam 40 Min )
° Meneruskan aktiviti dengan Brunei free city tour
° Tranfer ke lapangan terbang selepas city tour dan bertolak ke Korea.

Hari 2
Brunei – Incheon, Seoul, Nami Island : (Makan di atas kapal, Makan Tengah Hari, Makan Malam)
Apabila tiba, bertemu Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris anda di Incheon Airport. Kita akan bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan)
dan mula bersiar-siar meliputi tempat berikut:
° Nami Island (termasuk Ferry Ride) – Terletak lebih kurang 3.8 km daripada daerah Gapyeong dan menjadi salah satu tempatpenggambaran bagi siri “Winter Sonata” yang terkenal pada suatu ketika dahulu.
° Melawat Chunggye Creek & Gwanghwamun Plaza ( PHOTO STOP)
° Makan malam dan check in hotel

Hari 3
Seoul – Everland Theme Park : (Sarapan Pagi, Makan Malam)
Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan lawatan, meliputi perkara berikut:
° Seaweed Museum + Hanbok Experience + Kimchi Making – Pengunjung dapat melihat bagaimana “Gim ( seaweed)” dibuat dan dapat merasai sendiri , dapat memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok serta dapat mempelajari cara pembuatan Kimchi
° Everland Theme Park – Sebuah taman tema yang terbesar di Korea yang dibina sejak tahun 1976, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik di sana. ( TERMASUK TIKET MASUK)
° Makan tengah hari ( Pembiayaan sendiri )
° Makan malam dan check in hotel

Hari 4
Seoul: (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)
Selepas sarapan pagi, kita akan berjalan-jalan di Bandar Seoul, meliputi perkara berikut:
° Ginseng Center – Pengunjung dapat melihat sendiri proses bagi pembuatan ginseng di Korea.
° Red Pine Tree Shop – Di kedai ini terdapat demonstrasi kesihatan oleh pekerja disitu dan juga pengunjung dapat membeli barangan kesihatan yang dijual disana.
° Insadong Antique Street – Menjual hasil kerja yang kreatif yang dihasilkan oleh rakyat tempatan di Korea. Setiap kedai menawarkan pelbagai jenis barang yang menarik dan cantik.
° Melawat Starfield Library – Terletak di dalam COEX Mall, perpustakaan ini dibuka kepada orang ramai secara percuma dan menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan yang meliputi semua jenis lapisan umur. (PHOTO STOP)
° Blue House – Atau turut dikenali sebagai Cheong Wa Dae, merupakan rumah untuk presiden Korea yang terletak di daerah Jongno
° Gyeongbokgung Palace– Disini pengunjung dapat melihat artifak bersejarah yang digunakan dalam kehidupan seharian bagi masyarakat Korea pada suatu ketika dahulu
° Makan malam dan kembali ke hotel

Hari 5
Seoul: (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)
Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan lawatan, meliputi perkara berikut:
° Hongdae Picasso & Busking Street – Sebuah tempat untuk membeli belah dan merupakan kawasan yang agak sibuk kerana kedaikedai yang terdapat disitu terletak di pinggir jalan, serta dapat membeli cenderahati untuk dibawa pulang.
° Shinsegye Duty-Free Department Store
° Namdaemun Market – Dibuka pada tahun 1964, Namdaemun Market merupakan pasar tradisional yang terbesar di Korea yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yang berpatutan.
° Myeongdong Market – Waktu operasi bagi pasar ini ialah bermula daripada jam 4 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, pada hujung minggu dan cuti umum di Korea akan buka lebih awal sedikit iaitu jam 2 petang sehingga jam 11 malam
° Makan malam dan pulang ke hotel

Hari 6
Seoul – Incheon Airport – Brunei Airport : (Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari )
Selepas sarapan pagi dan check out, kita akan memulakan lawatan seperti berikut :

° Namsan Seoul Tower (tidak termasuk Cable Car & Observatory Deck) – Menjadi mercu tanda bagi negara Korea yang menyediakan pemandangan yang indah dan peserta dapat melihat seluruh bandar Seoul.
° Makan tengah hari dan berhenti solat di Seoul Central Mosque
° Membeli belah di Ehwa University Street atau Gangnam Street
° Bertolak ke lapangan terbang, dalam perjalanan singgah di Grocery Store di Incheon

Hari 7
Brunei – KLIA : ( Makan di atas kapal )
° Tiba di Brunei Airport dan transit di sana selama 5 jam 30 minit
° Boarding untuk penerbangan ke Kuala Lumpur
° Tiba di KLIA

View More

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Penginapan bagi 4 malam di hotel.
  • Lawatan seperti yang dinyatakan di dalam program.
  • Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris/Indonesia di Korea.
  • Ketua Pelancong Berbahasa Melayu dari Malaysia.
  • Pengangkutan.
  • Sarapan pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam seperti yang dinyatakan.
  • Tiket bayaran masuk ke tempat lawatan
  • Tips kepada pemandu pelancong dan pemandu.
  • Brunei City Tour
  • Caj permohonan K-ETA (RM80/pax)
  • 1x PCR test di Korea sebelum pulang ke Malaysia (sekiranya perlu)
  • Perbelanjaan Peribadi (dobi, makanan atau minuman tambahan, bar mini dll)
  • Cukai levi dan perbelanjaan Visa jika diperlukan
  • Tips perkhidmatan pengalihan barang di hotel, restoran dan lapangan terbang.
  • Penerbangan domestik
  • Insurans perjalanan
  • Sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Kos Kuarantin di Malaysia

Tour's Location

BRUNEI - KOREA

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran sebelum 2 bulan dari tarikh penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM 1000 seorang
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa (jika dilakukan) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Apakah dokumen yang perlu dihantar sebelum 2 bulan dari tarikh berlepas?
- COPY PASSPORT ( FORMAT PDF )
- SIJIL VAKSIN ( JIKA DIPERLUKAN MENGIKUT NEGARA )
- DOKUMEN LAIN JIKA DIPERLUKAN
Siapa yang perlu dihubungi bagi pertanyaan mengenai pembayaran, penyerahan dokumen dan surat pengesahan ?
Pegawai dari bahagian pentadbiran kami akan menghantar invois dan surat pengesahan melalui email dan/atau whatsapp sahaja.

Hubungi Puan Shaadah : 013-3356218
email: info@mursyidalharamain.com
from RM3,680.00

You might also like