10 tahun perjalanan gemilang, Mursyid Alharamain taja umrah percuma

 

10 tahun perjalanan gemilang, Mursyid Alharamain taja umrah percuma

 

PELUANG keemasan! Sebagai menghargai masyarakat, Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) menawarkan pakej umrah percuma.

Ini adalah untuk untuk memenuhi hasrat umat Islam yang sangat mengimpikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Peluang ini juga bagi meredakan kerisauan masyarakat dalam memilih agensi yang betul-betul sah dan berpengalaman, berikutan akhir-akhir ini pelbagai isu membabitkan agensi umrah, termasuk kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan  umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar.

Isu kenaikan harga juga menyebabkan ramai bakal jemaah terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.

Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan menjadi antara faktor utama syarikat itu berjaya membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.

 

PENGARAH Urusan Mursyid Alharamain, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan

ISTERI, Intan Fairuz menjadi sumber inspirasi kepada Mursyid dalam perniagaan sehingga berjaya kekal 10 tahun

 

Pengarah Urusannya, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata pihaknya sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang.

“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan.

“Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak
ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.

“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami.

“Bagi kami, mereka bukan sekadar Pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.

“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah.

“Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia,” katanya yang ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

 

BERSAMA rakan-rakan media yang sentiasa menyokong Mursyid Alharamain

 

Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij iaitu IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar
Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.

Muhammad Mursyid turut memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.

“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia ada pandangan jauh dan bernas untuk kembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan misi kami kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,” katanya.

Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.

“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami dan kakitangan yang kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami kekalkan mereka sehingga sekarang.

“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd,” ujarnya.

Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang, MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’.

“Dari dulu kami tawarkan lima kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah.

“Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain.

‘Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti,serta mutawif berpengalaman.

“Alhamdulillah, kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan meningkat membuatkan mereka tertunggu-tunggu pakej umrah kami setiap tahun.

“Malah ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan kami dan ada pula yang jadi rakan bisnes kami, bersama-sama bantu perkasakan Mursyid Alharamain.

“Pelanggan kami ni baik sangat, sampai ada yang jumpa kami semata-mata nak bagi beberapa peluang untuk naikkan lagi prestasi syarikat. Kami terharu sungguh,” ujar Muhammad Mursyid.

Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10 MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.

“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua-dua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah saw, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam.

“MATTSB juga menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.

Bagi yang mahu merebut peluang mendapat pakej percuma, pembaca perlu membuat hantaran video atau coretan kenapa anda layak memenangi umrah percuma dan kongsikan di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #umrahpercumamursyid dan #mursyidalharamaintravel.

Anda juga perlu memastikan hantaran itu mendapat ‘Like’ sebanyak mungkin selain perlu ‘Like’ dan mengikuti semua laman sosial Mursyid Alharamain.

http://www.mursyidalharamain.com

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Mursyid Alharamain atau laman web www.mursyidalharamain.com atau hubungi +60 11 1609 5176. – WILAYAHKU

 

Credit : https://www.wilayahku.com.my/10-tahun-perjalanan-gemilang-mursyid-alharamain-taja-umrah-percuma/#.ZGsImuwRVPw 

DEEL ANJER (WILAYAHKU)