from RM8,888.00
Explore

PAKEJ JELAJAH BALKAN 9 NEGARA {GROUP SERIES}

0/5
Duration

13 DAYS 10 NIGHTS

Tour Type

Specific Tour

Group Size

26 people

Languages

___

Overview

Hari 1: KLIA – Milan (Makan di atas kapal)

  • Bertolak ke Milan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelanggan dikehendaki berkumpul seawal 5 jam sebelum berlepas bagi proses Daftar Masuk Kumpulan (‘Group Check-in’).

Hari 2: Milan, Italy – Venice, Italy (2 JAM 56 MIN) (Makan Tengah hari, Makan malam)

Apabila tiba, bertemu Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris anda di Milan Airport. Kita akan meneruskan perjalanan ke bandar di Milan dan mula bersiar-siar meliputi tempat berikut:

  • Milan City Tour:
  • Duomo Square & Gothic Cathedral salah satu tarikan utama di Milanao yang dikelilingi oleh kafe dan butik-butik pakaian yang elegan dan moden. Mempunyai bangunan gereja yang terkenal dengan artistik pada corak bangunan. Dan menjadi mandatori untuk berpakaian sopan ketika melawat ke gereja.
  • La Scala Opera House Digelar sebagai sebuah rumah opera yang terkenal di Milan, Itali. Sejak awal, dikenal sebagai Nuovo Regio Ducale Teatro all Scala. Dibuka pada Isnin hingga Jumaat sahaja.
  • Makan tengah hari & SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Castello Sforzesco Merupakan kubu yang dibina pada abad pertengahan yang terletak di Milan, utara Itali.
  • Duke of Milan Melawat seluruh bandar di Utara Itali yang ditubuhkan pada tahun 1395 oleh Gian Galeazzo Visconti dan menikmati pemandangan yang indah.
  • Fidenza Village Hanya satu jam daripada Milan, terletak di daerah Emilia – Romagna, sebuah tempat membeli-belah yang mempunyai 120 butik yang mempunyai jenama-jenama yang terkenal di seluruh dunia dan peserta boleh dapatkan diskaun sehingga 70%.
  • Makan malam dan bermalam di Venice.

Hari 3: Venice – Vienna, Austria (6 JAM 30 MIN): (Sarapan pagi,Makan Tengah hari, Makan malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran di bandar Venice city tour meliputi perkara berikut:

  • Piazza San Marco Sebuah plaza yang berbentuk segi empat dan penuh dengan kafe dan restoran. Serta menjadi tarikan juga kerana ianya adalah tempat untuk membeli belah selain daripada peserta dapat melihat sebuah galeri seni yang hebat di Itali.
  • Makan tengah hari & SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Meneruskan perjalanan ke Vienna, Austria.
  • Makan malam dan bermalam di Vienna.

Hari 4: Vienna – Zagreb, Crotia (4 JAM 13 MIN): (Sarapan pagi, Makan Tengah hari, Makan malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan persiaran ke Vienna, meliputi perkara berikut:

  • Opera House Sebuah tempat untuk pertunjukan seperti balet, penyanyi opera, koir dan sebanyak 150 persembahan yang dipersembahkan pada setiap tahun.
  • Ringstrasse Pembinaan Vienna Ringstrasse menjadi salah satu karya agung pada ketika itu dan ianya menjadikan Ringstrasse sebagai boulevard yang terkenal pada masa kini.
  • Makan tengah hari & SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)
  • Holfburg Imperial Palace Merupakan sebuah sebuah muzium yang mempunyai reka bentuk yang megah, serta peserta dapat mengenali tentang sejarah tentang negara Austria dan menjadi destinasi yang wajib untuk dilawati bila berkunjung ke Vienna.
  • St Stephen Cathedral Menjadi symbol bagi Vienna dan dibina pada abad ke 12. Dan pada masa kini, St Stephen menjadi salah satu bagi monument yang mempunyai elemen Gothic di Austria.
  • Stadpark Merupakan taman yang tertua di Vienna dan menjadi tempat tumpuan bagi masyarakat setempat disitu.
  • Makan malam dan bermalam di Zagreb.

Hari 5: Zagreb – Plitvice (59 MIN) – Bihac, Bosnia (2 JAM 59 MIN): ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out kita akan memulakan persiaran ke Zagreb dengan menaiki bas/minivan meliputi perkara berikut:

  • St Mark Church Merupakan salah satu monumen yang tertua di bandar Zagreb. Dibina sejak dari tahun 1449 dan apa yang menariknya pada monumen ini banguna ini telah diperbaharui pada bangunan ini ialah di bahagian bumbungnya berwarna -warni dan menarik
  • Ban Jelacic Square Merupakan mercu tanda yang terkenal di bandar Zagreb dan terletak di tengah-tengah pusat bandar. Ditubuhkan pada abad ke 17 sebagai salah satu satu pusat perniagaan komersial.
  • Makan tengah hari dan solat jamak (Dalam perjalanan )
  • Upper and Lower Town Antara bandar yang sangat sibuk kerana terletak di tengah-tengah bandar, dan disini tempat untuk orang berkumpul jika ada festival, acara sukan dan konsert.
  • Dolac Bazaar salah satu bazar yang saiznya agak besar yang menjual pelbagai jenis barangan kepada pelanggan seperti bunga-bunga segar, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar juga.
  • Islamic Centre and Mosque
  • Plitvice Lakes National Mempunyai keluasan sebanyak 295 kilometer kaki per segi, hutan simpan yang mempunyai rangkaian enam belas tasik yang bercantum dengan air terjun.
  • Meneruskan perjalanan ke Bihac dan bermalam di sana.

Hari 6: Bihac –Sarajevo, Bosnia (4 JAM 38 MIN): (Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan bertolak ke Bosnia dan memulakan lawatan seperti dibawah:

  • Gazi Husrev Begova Mosque Turut dikenali sebagai Bey’s Mosque. Dibina di tengah-tengah bandar Bascarsija pada 1530. Apa yang menariknya reka bentuk bagi masjid ini ialah diilhamkan daripada seorang ketua seni bina pada empayar Ottoman iaitu Adzem Esir Ali.
  • Husrev Beg Bazaar peserta boleh membeli pakaian tradisional masyarakat Ottoman dan merupakan satu pengalaman bagi tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke Sarajevo.
  • Fire of Freedom Sebuah tempat untuk mengenang para tentera dan orang awam yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina.
  • Makan tengah hari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)
  • Tower Clock Menara jam setinggi 30 meter yang dibina pada abad ke-16.
  • Bascarsija Mosque Turut dikenali sebagai Havadza Durak Mosque dan terletak di tengah-tengah pusat pemerdagangan Sarajevo.
  • Latin Bridge Jambatan ini pernah hancur kerana banjir besar yang berlaku pada tahun 1791, tetapi dibina semula pada tahun 1978 oleh seorang pedangan yang kaya dari Sarajevo.
  • Fatih Mosque Dibina oleh Isa Bey Isakovic dan pembinaan masjid ini ialah didedikasikan kepada Sultan Mehmed Fatih.
  • Makan malam dan bermalam di Sarajevo.

Hari 7: Sarajevo – Mostar (1 JAM 55 MIN) – Kotor (3 JAM 5 MIN) – Budva, Montenegro ( 2 JAM 3 MIN ) : ( Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan meneruskan perjalanan ke Mostar dan lawatan meliputi perkara berikut:

  • Mostar Sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang unik, rekabentuk bangunan dan mempunyai tempat di Neretva River Bank yang mempunyai pemandangan semula jadi yang menarik.
  • Old Bridge (Seni bina ynag mengandungi elemen klasik Ottoman dan dibina pada tahun 1566 oleh jurutera daripada Turki iaitu Mimar Hayruddin.
  • Bey’s Mosque Dibina di tengah-tengah bandar Bascarsija pada 1530. Apa yang menariknya reka bentuk bagi masjid ini ialah diilhamkan daripada seorang ketua seni bina pada empayar Ottoman iaitu Adzem Esir Ali.
  • Koski Mehmed Pasa Mosque Bangunan yang mempunyai seni bina yang mempunyai seni bina Ottoman di Bosnia dan Herzegovina. Turut terkenal sebagai monumen masjid yang tersohor di Mostar.
  • Oriental Bazaar Terletak di Bascarsija yang menjadi tarikan utama kepada para pelancong,dan merupakan bazar yang tertua. Yang menariknya bazar ini mempunyai ciri-ciri senibina yang melambangkan negara Balkan.
  • Turkish House Turut dikenali sebagai Kajtaz’s House. Turkish House mempunyai artifak yang asli dan berkonsepkan Turki dipercayai milik sebuah keluarga tetapi kini dibawah perlindungan UNESCO sepenuhnya.

Hari 8: Budva – Tirana (3 JAM 20 MIN) – Ohrid, Macedonia (2 JAM 20 MIN): (Sarapan pagi , Makan Tengah hari, Makan malam )

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan meneruskan perjalanan ke Ohrid dan berhenti di Tirana bagi Panoramic Tour.

  • Skanderbeg Square Dinamakan sempena nama hero nasional Albania iaitu Sheshi Skenderbej, dan merupakan plaza utama ditengah-tengah bandar Tirana.
  • Skanderbeg Statue Dibina oleh Odhise Paskali pada tahun 1968 monumen setinggi 11 meter, dibina sebagai tanda memperingati mendiang Skanderbeg.
  • Et’hem Bey Mosque Bangunan masjid yang kecil dan elegan ini menjadi sebagai salah satu monumen yang masih kekal di bandar Tirana dan antara yang tertua dia sana.
  • Makan tengah hari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)

Setibanya di Ohrid lawatan akan meliputi kawasan berikut:

  • Ohrid Sightseeing – Peserta akan dibawa untuk bersiar-siar ke Ohrid Square yang mempunyai air pancuran dan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Seterusnya ke Ali Pasha Mosque, Old Bazaar dan Pearl Shop.
  • Ohrid boat cruise (Optional) EUR 30/person
  • Makan malam dan bermalam di Ohrid.
  • Makan tengah hari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)
  • Bay of Kotor – Terletak di Lautan Adriatic dan turut tersenarai sebagai tempat destinasi pelancongan yang berkonsepkan sejarah dan budaya yang diiktiraf oleh UNESCO.
  • Budva – Sebuah bandar di Montenegro dan menjadi tempat tumpuan terutama semasa musim panas.
  • Makan malam dan dan bermalam di Budva.

Hari 9: Ohrid – Skopje, Macedonia (2 JAM 35 MIN): (Sarapan Pagi, Makan Tengah hari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan perjalanan ke Skopje, meliputi perkara berikut:

  • Tetovo orientasi berjalan di kawasan terbuka – Dalam perjalana ke Skopje, singgah sebentar di Tetovo untuk melihat keunikan Painted Mosque sejak daripada abad ke-15.
  • Alexander The Great Melawat tugu yang menjadi lambang kemegahan di Skopje.
  • Makan tengah hari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)
  • Macedonia Square Merupakan ibu negara Utara Macedonia dan tempat ini merupakan kota yang terluas di negara tersebut.
  • Stone Bridge Mempunyai nilai sejarah pada bandar Utara Macedonia dan menghubungkan antara Macedonia Square dan Old Skopje Bazaar.
  • Mustafa Pasha Mosque – Walaupun monumen masjid ini dikategorikan sebagai monumen yang agak lama, tetapi masih menjadi tarikan.
  • Makan malam dan bermalam di Skopje.

Hari 10: Skopje – Sofia, Bulgaria (3 JAM 37 MIN) (Sarapan Pagi, Makan Tengah hari, Makan Malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan perjalanan ke Sofia, meliputi perkara berikut:

  • Alexander Newsky Cathedral – Tarikan utama di Sofia, dan merupakan gereja Ortodoks di Bulgaria.
  • St Sofia Basilica – Gereja kedua yang tertua di ibu negara Bulgaria dan dahulunya pernah dikenali sebagai Sredets.
  • Makan tengah hari dan SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan)
  • Majestic National Theatre – Ditubuhkan pada tahun 1904 oleh seorang artis daripada Salza I Smyah, dan terdapat air pancuran di hadapan bangunan yang menjadi salah satu keunikan dan tarikan tempat itu.
  • Presidential Palace & National Assembly – Melawat kediaman presiden dan bangunan parlimen di Bulgaria.
  • Makan malam dan bermalam di Sofia.

Hari 11: Sofia – Edirne (4 JAM 33 MIN) – Istanbul, Turkey (3 JAM 48 MIN) (Sarapan Pagi , Makan Tengah hari , Makan Malam)

Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan memulakan perjalanan ke Istanbul, meliputi perkara berikut:

Dalam perjalanan kita akan singgah di Erdine untuk makan tengah hari & solat Jamak

Istanbul City Tour:

  • Blue Mosque (Sultan Ahmet Mosque) pusat keagamaan abad ke-16 dan satu-satunya masjid di Istanbul dengan 6 menara.
  • Hippodrome Square Sebuah tempat untuk orang ramai berkumpul di Constaninople iaitu ibu negara Empayar Byzantine.
  • Topkapi Palace Museum sebuah istana muzium dengan pelbagai koleksi Porcelain, Perbendaharaan dan Keagamaan. Ia adalah Istana Imperial Besar pertama Empayar Uthmaniyyah.
  • Hagia Sophia Mosque gabungan unik agama Kristian dan Islam dari tempat yang sama. (SOLAT JAMAK)
  • Grand Bazaar/ Spice Bazaar (perhentian membeli-belah dalaman), yang mempunyai lebih daripada 4000 kedai menjual kraftangan produk tempatan.
  • Makan malam dan bermalam di Istanbul.

Hari 12: DEPARTURE ISTANBUL (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi dan check-out, aktiviti bebas dan bertolak ke Istanbul Airport untuk bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Hari 13: Arrival – KLIA

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Madrid dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Tiba di KLIA.

Pelanggan dikehendaki mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa ketibaan.

View More

Included/Excluded

  • • Tiket penerbangan antarabangsa Etihad Airways (2 hala – kelas ekonomi)
  • • Cukai lapangan terbang, check-in baggage 30 kg & Meal On Board (MOB)
  • • Penginapan bagi 10 malam di hotel empat bintang atau setaraf.
  • • Escort English speaking guide dari Milan hingga ke Istanbul.
  • • 10x sarapan pagi di hotel. 10x makan tengah hari 10x makan malam di hotel atau local restaurant
  • • Pengangkutan menggunakan Minivan atau bas.
  • • Tiket masuk yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • • Tips kepada Pemandu Pelancong dan Pemandu.
  • • Servis tour manager untuk memastikan perjalanan operasi berjalan dengan lancar
  •  Insurans perjalanan
  •  Perbelanjaan Visa jika diperlukan
  •  Cukai levi
  •  Perkhidmatan portage di lapangan terbang
  •  Penerbangan domestik
  •  Tips perkhidmatan pengalihan barang di hotel dan restoran.
  •  Perbelanjaan Peribadi (dobi, makanan atau minuman tambahan, bar mini dll)
  •  Lawatan tambahan ke Venice gondola ride, Ohrid boat cruise, Istanbul Bosphorus cruise )
  •  Sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  •  Kos Kuarantin di Malaysia
  •  PCR (sekiranya perlu)

Tour's Location

from RM8,888.00

You might also like