from RM8,388.00
Explore

PAKEJ SWISS – ITALY 2023 { GROUP SERIES }

0/5
Duration

10DAYS 7 NIGHTS

Tour Type

Specific Tour

Group Size

26 people

Languages

___

Overview

Hari 1: KLIA – Milan (Makan di atas kapal)

  • Bertolak ke Milan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelanggan dikehendaki berkumpul seawal 5 jam sebelum berlepas bagi proses Daftar Masuk Kumpulan (‘Group Check-in’)

Hari 2: Milan (Sarapan pagi)

Apabila tiba, bertemu Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris anda di Milan Airport. Kita akan meneruskan perjalanan ke bandar di Milan dan mula bersiar-siar meliputi tempat berikut:

  • Duomo Square & Gothic Cathedral salah satu tarikan utama di Milano yang dikelilingi oleh kafe dan butik-butik pakaian yang elegan dan moden. Mempunyai bangunan gereja yang terkenal dengan artistik pada corak bangunan. Dan menjadi mandatori untuk berpakaian sopan ketika melawat ke gereja.
  • La Scala Opera House Digelar sebagai sebuah rumah opera yang terkenal di Milan, Itali. Sejak awal, dikenal sebagai Nuovo Regio Ducale Teatro all Scala. Dibuka pada Isnin hingga Jumaat sahaja.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Castello Sforzesco Merupakan kubu yang dibina pada abad pertengahan yang terletak di Milan, utara Itali.
  • Duke of Milan Melawat seluruh bandar di Utara Itali yang ditubuhkan pada tahun 1395 oleh Gian Galeazzo Visconti dan menikmati pemandangan yang indah.
  • Bermalam di Milan.

Hari 3: Milan (2 jam) – Como: (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di pusat beli belah di Milan meliputi perkara berikut:

  • Fidenza Village Hanya satu jam daripada Milan, terletak di daerah Emilia – Romagna, sebuah tempat membeli-belah yang mempunyai 120 butik yang mempunyai jenama-jenama yang terkenal di seluruh dunia dan peserta boleh dapatkan diskaun sehingga 70%.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Como City Terletak di sempadan Itali-Swiss, merupakan pusat untuk tempat-tempat menarik dan disediakan public boat service untuk mengelilingi Lake Como (FREE TIME)
  • Bermalam di Como.

Hari 4: Lugano (3 jam) – Tasch (via train) Zermatt (3 jam) – Interlaken: (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Tash, meliputi perkara berikut:

  • Tasch – Perjalanan ke Tash mengambil masa selama 3 jam 30 minit dengan menaiki minivan / bas. Apabila sampai di Tash, peserta akan dibawa untuk menaiki shuttle train ( termasuk tiket train -return ) ke Zermatt dan peserta akan dapat menikmati pemandangan gunung ganang sepanjang perjalanan.
  • SOLAT JAMAK.
  • Zermatt City Tour – Zermatt terletak di hujung selatan Lembah Matter, yang hampir sepenuhnya dikelilingi oleh pergunungan tinggi Pennine Alps, termasuk Monte Rosa dan Matterhorn. Seluruh bandar Zermatt adalah zon bebas kereta enjin pembakaran. Hampir semua kenderaan di bandar ini berkuasa bateri dan hampir senyap sepenuhnya. (FREE TIME & SHOPPING) (Tidak termasuk aktiviti tambahan seperti ski, cable car ke Peak of Matterhorn & Gornegrat Train)
  • Tash – Peserta akan menaiki shuttle train semula untuk pulang ke Tash semula dan meneruskan perjalanan ke Interlaken
  • Bermalam di Interlaken

Hari 5: Interlaken (1.5jam) – Montreux (1.5 jam) – Kandersteg (30 minit) – Interlaken: (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran ke Montreux dengan menaiki bas/minivan meliputi perkara berikut:

  • Montreux city – Perjalanan ke Montreux mengambil masa hampir 2 jam dari Interlaken.
  • Chillon Castle – Sebuah istana yang terletak di kepulauan di Lake Geneva. Mempunyai pemandangan yang indah kerana lokasinya terletak di Kawasan pergunungan. (PHOTO STOP)
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Kandersteg nikmati pemandangan hebat jaluran pergunungan (Toboggan ride – tutup sewaktu musim sejuk)
  • Lake Blausee tasik yang indah di lembah Kander di Bernese Oberland. Ia adalah tasik biru yang cantik dengan air yang jernih. Warnanya luar biasa kerana ia berwarna biru muda, hampir tiada warna hijau atau biru, tidak seperti kebanyakan tasik lain di Switzerland. Di dalamnya terdapat taman alam semula jadi mistik dengan laluan pejalan kaki dan meja berkelah. Tiket masuk dikenakan yang meliputi aktiviti menaiki bot di tasik, lawatan ladang trout organik, penggunaan taman permainan dan penggunaan kawasan gril.
  • Interlaken- Meneruskan perjalanan ke Interlaken dan bermalam di sana.

Hari 6: Interlaken – Lauterbrunen -Grindewald (Aktiviti Tambahan: Paragliding di Interlaken) (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Interlaken dengan lawatan seperti berikut:

  • Interlaken City Tour dan meneruskan perjalanan ke Isetwald. (OPTIONAL TOUR: PARAGLIDING + PILOT (220 CHF)
  • Lake Brienz (Crash Landing on You Shooting Scene) sebuah tasik di utara Alps, di kanton Berne, Switzerland. Ia mempunyai panjang kira-kira 14 kilometer dan kedalaman maksimum 260 meter (850 kaki). Tasik ini menjadi popular setelah menjadi salah satu set pengambaran bagi drama popular Korea Selatan, “Crash Landing on You”.
  • Lake Thun tasik yang terbesar di Switzerland dan tercipta selepas zaman glasier terakhir, ia berpecah dari Tasik Brienz selepas abad ke-10. Pelayaran di Lake Thun adalah pengalaman yang menenangkan. Kapal bermotor yang selesa berlayar dan mengekalkan zaman kegemilangannya, terdapat juga feri kapal wap paddlewheel “Blümlisalp” yang telah dipulihkan dan dilayarkan dari Thun ke Interlaken sepanjang tahun.
  • Membeli-belah di Interlaken West bawa pulang pelbagai jenama hebat jam keluaran Switzerland, set kutleri atau hadiah sebagai memori indah di Switzerland.
  • Grindewald Village Tour sebuah kampung dikelilingi oleh lanskap pergunungan di mengagumkan. Ianya adalah salah satu destinasi percutian dan yang popular dan berdekatan dengan resort ski terbesar di Jungfrau.
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Lauterbrunnen (secara asasnya membawa maksud “banyak mata air”) merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Bern, Switzerland. Berbentuk U di dasar pergunungan Alps Switzerland yang terkenal di dunia. Di sini terdapat sebuah sungai yang indah mengalir melalui lembah dan melalui 72 air terjun.
  • Staubach Waterfall terletak di sebelah barat Lauterbrunnen di Bernese Highlands, Switzerland. Air terjun menuruni setinggi 297 meter dari lembah gantung yang berakhir di tebing-tebing yang seakan tergantung di atas Weisse Lütschine.
  • Bermalam di Interlaken.

Hari 7: Interlaken (1.5 jam) – Engelberg/Mount Titlis (30 min) – Lucerne (1 jam) Zurich: (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran untuk melawati Mount Titlis, meliputi perkara berikut:

  • Mount Titlis (Tiket masuk diperlukan– orientasi berjalan di kawasan terbuka) terletak di pergunungan Alpen Uri iaitu di sempadan antara Obwalden dan Bern. Pada ketinggian 3,238 meter dari permukaan laut, ini adalah puncak tertinggi di utara Susten Pass iaitu antara Bernese Oberland dan Switzerland Tengah. Di sini juga terdapat kereta kabel yang terkenal yang menghubungkan Engelberg ke puncak Titlis di ketinggian 3,028 meter . ( OPTIONAL TOUR )
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Lucerne City Tour and Shopping (aktiviti bebas) peserta dapat menikmati keindahan Reusee River yang menemukan Lake Lucerne yang menjadi lambang bagi Old Town Lucern. Di sekeliling bandar itu, terdapat juga pelbagai kafe, kedai-kedai cenderahati dan tempat -tempat menarik untuk mengambil gambar sebagai memori.
  • Chapel Bridge (Tiket masuk tidak diperlukan – orientasi berjalan di kawasan terbuka), ia adalah jambatan kayu berbumbung yang merentangi sungai Reuss di bandar Lucerne. Jambatan ini unik kerana mengandungi beberapa lukisan dalaman sejak abad ke-17. Ia juga merupakan jambatan berbumbung kayu tertua di Eropah dan jambatan kekuda tertua di dunia yang masih kekal sehingga kini.
  • Bermalam di Zurich.

 

Hari 8: Zurich (40 minit) – Stein Am (15 min) – Rhein Falls (30 min): (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan memulakan persiaran di dalam bandar Zurich dengan lawatan pergi balik, meliputi perkara berikut:

  • Medieval City of Stein Am Village Menjadi salah satu tarikan pelancong apabila berkunjung ke Zurich, dimana pantai di River Rhine bersambung dengan Lake Constance.
  • Rhine Falls Peserta dapat menjelajahi dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Dan masa yang diperuntukkan untuk pengunjung menikmati semua aktiviti disini ialah selama 6 jam. (OPTIONAL TOUR)
  • SOLAT JAMAK (sewaktu perjalanan).
  • Zurich City Tour – Limmatquai, St Peters Church, Lake Zurich dan aktiviti membeli belah di Banhofstrasse
  • Bermalam di Zurich.

Hari 9: Zurich (Sarapan Pagi)

Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan anda pulang, membawa kembali kenangan indah dan cenderahati hebat dari percutian Swiss Italy anda.

  • Sekiranya menggunakan penerbangan transit, pelanggan dinasihatkan untuk menempah lounge lapangan terbang dengan kos sendiri untuk keselesaan peribadi.

Hari 10: Ketibaan – KLIA

  • Tiba di KLIA.
  • Pelanggan dikehendaki mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa ketibaan.
View More

Included/Excluded

  • • Tiket penerbangan antarabangsa (2 hala – kelas ekonomi) , Airport Tax , Check in Baggae (25 kg ), Meal On Board (MOB)
  • • Penginapan bagi 7 malam di hotel
  • • Pemandu Pelancong Muslim Berbahasa Inggeris di Swiss-Itali.
  • • Lawatan seperti yang dinyatakan di dalam program.
  • • Pengangkutan menggunakan Minivan atau bas.
  • • Sarapan pagi, ( Buffet )
  • • Cukai hotel di bandar.
  • • 0.5L air botol setiap hari bagi seorang di dalam bas.
  • • Tips kepada Pemandu.dan Tour Guide
  •  Makan tengahari dan makan malam.
  •  Insurans perjalanan.
  •  Perbelanjaan Visa jika diperlukan
  •  Cukai levi
  •  Perkhidmatan portage di lapangan terbang
  •  Penerbangan domestik
  •  Tips perkhidmatan pengalihan barang di hotel dan restoran.
  •  Perbelanjaan Peribadi (dobi, makanan atau minuman tambahan, bar mini dll)
  •  Lawatan tambahan ke Tissot Cliff , Mount Titlis dan lain-lain yang tidak dinyatakan
  •  Sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  •  Kos Kuarantin di Malaysia
  •  PCR (sekiranya perlu)

Tour's Location

FAQs

Berapa jumlah pembayaran deposit?
Bagi pendaftaran lebih dari 2 bulan sebelum penerbangan jumlah bayaran deposit hanya RM1000 seorang
Bila saya perlu membuat pembayaran deposit dan penghantaran dokumen?
Tempahan, pembayaran penuh dan penyerahan dokumen visa perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
Apakah dokumen yang perlu dihantar?
1. Salinan passport (softcopy)
2. Salinan vaksin

Bagi serahan dokumen, sila hubungi: 011-51496802
from RM8,388.00