- Taubat Nasuha
Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Ikhlas Niat
Dalam menunaikan tuntutan Allah ?????? ????? untuk mengerjakan Haji dan Umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah ?????? ?????. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong. Niat sebenarnya pergi menunaikan ibadah Umrah hanya melaksanakan perintah Allah dan mengharapkan Redha Allah semata-mata.
Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ? bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
- Tingkatkan Amalan
Jika sebelum pergi Umrah amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.
Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.
- Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
- Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
- Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
- Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
- Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
APA KELEBIHAN PERGI UMRAH DENGAN KAMI?
- Umrah 5 kali kami sediakan pengangkutan serta bimbingan dari Mutawwif.
- Mutawwif dari Malaysia akan bersama sepanjang program sehinggalah pulang.
- Mutawwifah akan teman ke Raudah bagi jemaah wanita dan Mutawwif akan teman ke Raudah bagi jemaah lelaki.
- Makan malam istimewa nasi Arab di Restoran Arab.
- Ziarah hampir setiap hari di Madinah, bagi mereka yang pernah pergi umrah mungkin biasa dengan Ziarah biasa seperti :
(Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Pasar Kurma) ziarah2 tadi adalah sekadar ziarah 1 kami,
Ziarah 2 kami ( Masjid Quba, Masjid Jumaat, Bukit Thaniyyatul Wada’, Kubu Kaab Al Asyraf, Kubu Urwah Bin Zubair & Telaga Uthman)
Ziarah 3 Kami (Masjid Quba, Kilang Quran, Bukit Magnet ,Ladang Unta, Universti Madinah & Wadi Aqiq)
Antara kelebihan kenapa kami bawa anda ke Masjid Quba hampir setiap hari ialah kerana Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu.
Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya.
Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah al-Taubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah menyebut adanya orang yang suka membersihkan diri mereka yang bersolat disitu. Bersih disini bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk dalam golongan itu semasa kita bertandang ke Masjid Quba’.
Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]
Dan Rasulullah SAW suka mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu dan Rasulullah SAW bersolat Dhuha dalamnya. Jadi selain kita Solat Tahiyatul Masjid kita juga digalakkan melakukan sekali Solat Dhuha semasa dibawa oleh pihak travel.
Ertinya: Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan. Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu.
Comment (0)