Tips Umrah Musim Panas & Kering Di Tanah Suci (#ambiltahu musim di Tanah Suci sebelum tunaikan ibadah umrah!)

 

 

 

Tahukah tuan puan musim panas di Tanah Suci boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius?
Dan musim panas di sana bukan seperti Malaysia ye sebab cuaca panasnya kering. Kebiasaannya musim panas di Tanah Suci bermula dari bulan April sehingga bulan Oktober.
Jadi, sebelum tuan puan pergi menunaikan ibadah umrah, boleh la ikuti Tips Umrah Musim Panas ini supaya ibadah umrah tuan puan berjalan lancar, InsyaAllah. 🤲

Tengok tips menghadapi Umrah Musim Panas di sini:

🔰Banyakkan minum air lebih-lebih lagi air zam-zam untuk mengelakkan daripada dehidrasi. Air zam-zam sangat senang didapati lebih-lebih lagi di dalam masjidil haram dan masjid nabawi, minum secukupnya
🔰Makan tepat waktu dan jangan sesekali skip waktu makan agar kita sentiasa bertenaga untuk menunaikan amal ibadah lagi-lagi di musim panas kering ini
🔰Rehat jika mula rasa penat agar tubuh badan kekal sihat dan tidak mudah jatuh sakit
🔰Pakai kaca mata hitam atau gelap untuk mengelakkan sakit dan pening kepala
🔰Bawa barang penjagaan diri seperti vaseline, lip balm dan mosituriser supaya kulit kekal lembap dan mengelakkan kekeringan serta dehidrasi
Dah bersedia nak tunaikan umrah tahun ni?
Jom tunggu apa lagi daftar segera dan rasai suasana umrah bersama kami Mursyid Alharamain.
Maklumat lanjut mengenai pakej yang kami sediakan boleh tekan link di bawah 👇