Menziarahi masjid Nabi saw merupakan perkara-perkara yang mustahak bagi seseorang bila-bila waktu sekali pun, Nabi saw menyebut:
(لا تشد الرجال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام ، ومسجد الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، ومسجد الأقصى )(البخاري)
Maksudnya : Janganlah bersusah payah untuk bermusafir kecuali ke tiga buah masjid : Masjid al haram, Masjid Nabi saw dan Masjid al-Aqsa.
Sebagai seorang muslim apabila beliau dijemput Allah untuk menziarahi Masjid-Masjid tersebut, beliau sepatutnya merafa’kan setinggi tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana peluang tersebut bukanlah boleh dimiliki oleh semua orang yang bergelar muslim. Walaupun seseorang itu murah rezekinya bahkan tetapi jikalau tidak di izinkan Allah swt untuk kesana maka pintu hati mereka selamanya akan tertutup untuk berbuat demikian. Oleh itu sebagai seorang Muslim yang pernah sampai kesana sepatutnya merasa insaf dan bersyukur kerana beliau terpilih dari ribuan yang menunggu untuk kesana. Bukanlah dikatakan peranan duit tidak penting disini, namun sesuatu perkara jika tidak mendapat taufiq dari Allah maka seseorang itu hatinya akan tertutup untuk ke tempat-tempat sebegini, oleh itu sebagai seorang muslim beristighfar dan bertaubat kepada Allah adalah sesuatu perkara yang penting yang perlu dilakukan setiap hari, kerana itulah Islam mengajar kita selepas setiap solat fardu mahupun sunat kita di sunatkan untuk beristighfar kepada Allah swt. Begitulah Nabi saw mengajar para sahabat baginda untuk lebih dekat dengan Yang Maha Esa.
Dalam menziarahi masjid Nabi saw ini suka untuk saya untuk menceritakan beberapa adab-adab penting yang perlu kita ingat :
1) Apabila seseorang sampai di Masjid Nabi saw sunnah kepada beliau untuk mendahulukan kakinya yang kanan dan membaca doa :
( بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك )(مسلم)
Maksudnya : Dengan nama Allah dan selawat dan salam kepada Nabi saw , Ya Allah ya tuhan kami Ampunkanlah dosa kami dan bukakanlah kepada kami pintu rahmat mu.
Doa ini adalah doa memasuki semua masjid dan bukanlah Masjid Nabi saw sahaja.
2) Kemudianya bersolat sunat tahiyyatul masjid dan sekiranya boleh beliau bersolat tahiyyatul Masjid di dalam raudah yang mempunyai kelebihan yang tersendiri sebagaimana kata nabi saw :
( ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة )(البخاري)
Maksudnya : Antara rumahku sehinggalah ke mimbarku adalah taman-taman syurga.
3) Selepas solat tahiyyatul masjid beliau menziarahi makam Nabi saw dan dua makam sahabat beliau iaitu Abu bakar assidiq dan Omar al khattab serta memberi salam kepada Rasulullah saw dengan lafaz :
السلام عليك يا رسول الله ورحمة الله وبركاته
Abdullah bin Omar apabila beliau memberi salam kepada Rasulullah saw beliau akan memberi salam kepada Abu bakar dan Omar dengan lafaz :
السلام عليك يا رسول الله ، السلام عليك يا أبا بكر ، السلام عليك يا أبتاه
Ibn Taimiyyah berkata :
وإذا قال في سلامه : ” السلام عليك يا رسول الله يا نبي الله ، يا خيرة الله من خلقه ، يا أكرم الخلق على ربه ، يا إمام المتقين ”، فهذا كله من صفاته بأبي هو وأمي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، وكذلك إذا صلى عليه مع السلام عليه فهذا مما أمر الله به ..” .
Maksudnya : ”Salam sejahtera ke atas kamu wahai Nabi Allah,yang menjadi pilihan dari hamba-hambanya yang lain,wahai yang paling mulia di sisi Allah, wahai Imam kepada semua orang yang bertaqwa.”Semua ini adalah sifat-sifat beliau dan apabila bersalawat ke atas baginda juga itu adalah yang dituntut oleh Allah swt.
4) Antara perkara yang dituntut juga bagi seorang yang datang menziarahi masjid Nabi saw ini untuk bersolat lima waktu penuh di situ kerana kelibihan solat di situ untuk satu waktu seperti seribu kali solat di tempat lain berdasarkan hadis :
صلاة في مسجدي هذا أفضل من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام.مسلم
Maksudnya : Solat di masjidKu ini lebih baik dari seribu kali solat di tempat lain kecuali Masjid al-Haram di Mekkah.
Walaupun Ulama berselisih pendapat mengenai Mekah lebih baik dari Madinah ataupun sebaliknya, sebagai seorang Islam kita yang diberi peluang dan rezeki untuk sampai kesana sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk beribadah sesungguh hati kerana untuk sampai dan menjejakkan kaki di bumi ar-Rasul Madinah bukanlah suatu yang mudah dan senang .Perbincangan tentang Mekah lebih baik dari Madinah ataupun sebaliknya akan saya kupaskan di waktu yang lain. Namun dua tempat ini adalah tanah haram yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti sabda Nabi saw daripada hadis Fatimah Binti Qais :
” وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ ، فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الأَرْضِ فَلا أَدَعَ قَرْيَةً إِلا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ، غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلائِكَةً يَحْرُسُونَهَا ” رواه مسلم .
Maksudnya : Sesungguhnya aku menunggu keizinan untuk aku keluar dan apabila aku keluar aku akan berjalan di muka bumi dan aku tidak akan meninggalkan satu kampung pun kecuali akan aku pergi dalam tempoh masa empat puluh malam kecuali Mekkah dan (toibah) iaitu Madinah yang di haramkan kepadaku untuk aku memasukinya setiap kali aku ingin masuk kedua-duanya malaikat akan menghalangku dengan pedang di tanganya dan di setiap penjurunya ada malaikat yang menjaganya.
5) Bagi mereka yang menziarahi Masjid juga hendaklah jangan meninggikan suara mereka kerana untuk menunjukkan rasa hormat mereka kepada nabi saw seperti ayat dalam surah al-Hujurat 3 – 2.
6) Dan apabila seseorang berdoa maka bertawajuhla kepada qiblat ataupun menghadap qiblat kerana kenghadap qiblat ketika berdoa adalah salah satu adab untuk berdoa.
Berikut adalah beberapa nasihat serta adab bagi mereka yang bakal menziarahi Masjid Nabi saw.Semoga Allah menerima amalan baik dari semua bakal-bakal tetamu Allah dan semoga semua orang Islam yang bakal kesana juga berdoa akan kemenangan Islam walau di mana anda berada.
Syarikat Al-MURSYID mendokan semua bakal tetamu Allah mendapat Haji serta Umrah yang mabrur dan maqbulah.
Ustaz Muhammad Mursyid B Abu Hassan
24 NOVEMBER 2012