Hukum Ibadah Haji dan Umrah

Hukum Ibadah Haji dan Umrah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة
والسلام علي أشرف الأنبياد و المرسلين، أما بعد

Apabila kita ingin melakukan sesuatu ibadah maka kita perlu tahu hukumnya serta dalil-dalil yang menyokong hukum tersebut supaya kita tidak mengikut tanpa dalil dan juga menjamin amalan yang dilaksanakan adalah bertepatan dengan syara’ serta memastikan amalan yang dilaksanakan di terima oleh Allah swt, antara syarat sesuatu amalan itu diterima Allah swt ialah ikhlaskan sesuatu ibadah itu kepada Allah swt dan mengikut Nabi saw dalam beribadah, disni saya cuba huraikan hukum Haji dan umrah secara ringkas supaya ianya dapat difahami dengan mudah.

Haji adalah salah satu rukun islam yang lima,dan kefarduannya adalah kepada semua orang islam yang merdeka baligh serta berakal, dalilnya ialah:

ولل
ه على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين

Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah.

Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Makkah

Hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh imam Bukhary dan imam Muslim daripada Abdullah bin Umar menyebut:

بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج البيت وصوم رمضان.

Maksudnya : “Islam dibangun atas lima (rukun); Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan ”

Ulama’ juga berijma’ mengatakan haji adalah wajib bagi yang mampu sekali seumur hidup.

Manakala hukum Umrah pula ulama’ telah berselisih kepada dua pendapat:

Pendapat pertama, Umrah adalah wajib dan menjadi kefarduan ke atas mereka yang di wajibkan Haji, pendapat ini disandarkan kepada Umar, Abdullah bin Abbas, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar, Aisyah, Saied bin Musaiyyib, Saied bin Jubair, Ato’, Towuss, Mujahid, Asyafie, Ahmad dan al-Bukhary, Imam al-Bukhary telah menamakan satu bab dengan nama “wajib umrah dan kelebihanya”.

Dalil pendapat pertama ini  ialah :

1) Ayat al-Quran dari surah al baqarah :

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya : Dan tunaikanlah Haji dan Umrah kerana Allah.

Setiap ayat suruhan dalam al-Quran adalah membawa kepada wajib, maka menunaikan Haji dan Umrah adalah wajib.

2) Hadis Aisyah ra yang di riwayatkan oleh Imam al- Bukhary  :

عن عائشة رضي الله تعالى عنها قالت: (قلت: يا رسول الله! على النساء جهاد؟ قال: نعم، عليهن جهاد لا قتال فيه: الحج والعمرة

Maksudnya : Daripada Aisyah ra berkata : wahai Rasulullah, adakah bagi orang perempuan jihad? Jawab Nabi saw : ya , kepada mereka jihad yang tidak ada bunuh dalamnya : Haji dan Umrah.

3) Hadis al-Dobbi bin Ma’bad:

أتيت عمر فقلت : يا أمير المؤمنين إني أسلمت و إني وجدت الحج و العمرة مكتوبين علي فأهللت بهما . فقال : هديت لسنة نبيك

Maksudnya : Aku datang kepada Umar dan berkata : wahai amirul mukminin sesunggunghnya aku telah memeluk Islam dan aku mendapati Haji dan Umrah telah difardukan dan akupun mengerjakanya. Berkata Umar : sesungguhya kamu telah mengikut sunnah Nabi kamu. hadis riwayat Abu Daud, Nasaie, Tarmizi, dan beliau berkata hadis ini adalah hasan sohih.

Dab juga beberapa hadis lain yang boleh di rujuk dalam kitab feqah.

Pendapat kedua pula mengatakan Umrah adalah tidak wajib, pendapat ini disandarkan kepada Abdullah bin Masu’d, Malik, Abu Hanifah, Abu Saur, Syafie dalam pendapatnya yang lama dan ianya menjadi pilihan kepada Ibnu Taimiyyah, Sonaani serta Syaukani.

Dalil pendapat kedua ini ialah :

1) Hadis daripada Jabir bin Abdillah rhma :

وقد سئل عن العمرة أواجبة هي؟ فقال:( لا ، وأن تعتمروا فهو أفضل

Maksudnya : Nabi saw di tanya tentang Umrah adakah ianya wajib? Jawab Baginda saw: tidak tetapi buat Umrah itu adalah baik.

2) Hadis Tolhah bin Ubaidillah :

أنه سمع رسول الله صل الله عليه وسلم يقول :الحج جهاد و العمرة تطوع

Maksudnya : Beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : Haji adalah jihad dan Umrah adalah sunat. hadis riwayat Ibnu Majah

Yang rajih dan di terima pakai oleh majoriti ulama ialah pendapat pertama yang mengatakan ibadah Umrah adalah wajib dan menjadi kefarduan kepada yang wajib bagi mereka haji, mereka menjawa kepada ulama’ yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya tidak wajib dengan mengatakan hadis Jabir adalah lemah kerana salah seorang perawinya ialah Hajjaj bin Artoah kerana beliau seorang yang lemah, Abdullah bin Mubarak mengatakan beliau adalah seorang yang mudallis dan beliau menceritakan hadis Amru bin syuaib daripada al-Arzami yang merupakan seorang yang matruk (ditinggalkan). Dan hadis Tolhah adalah hadis yg jalur isnadnya lemah sepertimana yang di sebut oleh alhafiz Ibnu Hajar.

Begitulah secara ringkas perbahasan ulama mengenai hukum Ibadah Haji dan Umrah,semoga penulisan ini memberi pencerahan kepada pembaca dan semoga Allah swt menerima amalan kita.

Wallahu A’lam.

Comments are closed